Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dr Mahathir Disenarai “20 Ekstremis Paling Berbahaya Di Dunia”

1,409

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad disenaraikan di tangga ke-14 daripada “20 Ekstremis Paling Berbahaya di Dunia” oleh sebuah badan yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Badan itu, Counter Extremism Project (CEP) meletakkan pemimpin kumpulan Hezbollah, Hassan Hasrallah di tempat pertama sebagai ekstremis paling berbahaya di dunia, dihadapan ketua kumpulan pengganas Islamic State (IS), Amir Muhammad Said Abdal-Rahman al-Mawla.

CEP

Menurut CEP, kesemua 20 orang yang disenaraikan dalam itu dianggap sebagai “ancaman yang besar terhadap keselamatan antarabangsa.”

Mengenai Dr Mahathir, badan itu berkata, bekas perdana menteri Malaysia itu dianggap sebagai anti-semitic, pengkritik dunia barat dan merujuk kepada kritikan Dr Mahathir terhadap serangan keganasan di Perancis pada tahun lepas. Dalam kritikan itu yang ditulisnya dalam akaun Twitternya, Dr Mahathir seolah-seolah menjustifikasikan perlakukan keganasan yang berlaku.

CEP
Pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah.

Bagaimanapun CEP berkata, bekas Perdana Menteri Malaysia itu tidak terlibat secara langsung dengan sebarang perlakuan keganasan tertentu tetapi pendapat-pendapatnya yang kontroversi  telah membangkitkan kemarahan dunia antarabangsa kerana Mahathir didakwa menyokong perlakukan ekstremisme terhadap dunia barat.

CEP ditubuhkan oleh bekas-bekas pengawai Amerika Syarikat pada 2014 bertujuan untuk menentang tindakan ektremisme global dengan sasaran utama adalah untuk menentang kumpulan pengganas Islamic State.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.