Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pasukan Khas Spetsnaz GRU Russia Guna Sniper Rifle Steyr “SSG08”

0 888

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Walaupun Russia terkenal sebagai antara negara pengeluar senjata terbesar di dunia, tetapi unit-unit tentera negara itu termasuk pasukan khasnya juga diketahui turut menggunakan senjata dan sistem yang dihasilkan oleh negara-negara lain.

Ia adalah perkara yang jarang-jarang berlaku, tetapi “Ya”, tentera Russia turut menggunakan senjata keluaran negara-negara Barat, yang kerapkali dianggap Moscow sebagai musuh.

spetsnaz

Penggunaan senjata keluaran negara lain terutama negara Barat itu mungkin membawa maksud bahawa Russia turut mengiktiraf kehebatan senjata keluaran negara-negara luar berbanding yang dihasilkan oleh industri pertahanannya sendiri (walaupun ini jarang-jarang berlaku).

Salah satu unit tentera Russia yang menggunakan senjata keluaran negara luar adalah unit pasukan khasnya iaitu “Spetsnaz GRU” yang berada di bawah kawalan agensi Perkhidmatan Perisikan Tenteranya yang dipanggil GRU. Ditubuhkan pada 1949 ia adalah unit Spetsnaz (pasukan khas) yang pertama di dalam Kesatuan Soviet Union.

spetsnaz

Penganalisis pertahanan Barat mula memerhati aksi tentera-tentera Russia di Syria dan kelengkapan diguna oleh mereka dan memerhati  unit-unit Spetsnaz GRU Russia yang dikerahkan ke negara Timur Tengah itu turut menggunakan sniper rifle Barat, sebagaimana yang mereka gunakan.

Senjata itu adalah sniper rifle SSG08 buatan syarikat Austria “Steyr Mannlicher”.

spetsnaz

Spetsnaz GRU menggunakan beberapa jenis senapang penembak tepat dan bukan hanya Steyr SSG08.

Kemungkinan besar sebab utama pemilihan sniper rifle SSG08 oleh unit-unit Spetsnaz GRU adalah kerana ketepatan tembakannya, kerana menurut syarikat pembuatnya, ia adalah senjata penembak tepat yang amat tepat.

Senapang penembak tepat bolt action itu dibangunkan pada 2008 berdasarkan kepada pengalaman oleh unit EKO Kobra daripada Polis Austria.

spetsnaz

Catridge senjata penembak tepat ini adalah — .243 Winchester Super Short Magnum, 7.62x51mm NATO, .300 Winchester Magnum dan .338 Lapua Magnum.

Berat keseluruhan senapang ini adalah di antara 6 hingga 6.4kg termasuk bipod dan optic.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...