Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Unit Khas Anti-Lanun Tentera Korea Selatan, “Cheonghae”

0 847

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tidak lama selepas anggota Pengawal Revolusi Iran merampas kapal tangki Korea Selatan “Hankuk Chemi” di Selat Hormuz pada Isnin lepas, negara Asia Timur itu telah mengerahkan sebuah kapal perang destroyer tentera lautnya ke perairan yang sibuk itu.

Kapal destroyer “Choi Young” telah pun tiba di Selat Hormuz semalam dan berada tidak jauh daripada pelabuhan Bandar Abbas di Iran yang kini menjadi lokasi penahanan kapal tangki miliki Korea Selatan itu.

hankuk
Kapal destroyer tentera laut Korea Selatan “Choi Young”

Turut bersama-sama di dalam pelayaraan kapal destroyer Korea Selatan adalah unit anti-lanun terkenal tentera negara itu yang digelar “Cheonghae.”

Dianggotai oleh kira-kira 300 orang anggota Komando yang terlatih di dalam operasi menyelamat tebusan di kapal-kapal, unit “Cheonghae” dikenali ramai selepas ia terlibat dalam satu operasi dipanggil “Operation Dawn of Gulf of Aden” pada 2011 yang menyaksikan anggota komando daripada unit “Cheonghae” menyerbu sebuah kapal Korea Selatan “Samho Jewelry” yang telah dirampas oleh lanun Somalia.

Cheonhae

Dalam operasi itu, anggota komando “Cheonghae” berjaya membebaskan kesemua 21 krew kapal tangka Korea Selatan daripada ditawan oleh lanun-lanun bersenjata Somalia.

Lapan daripada 17 lanun bersenjata Somalia itu terbunuh dalam operasi yang dilaksanakan oleh unit “Cheonghae”, manakala lima ditangkap dan empat berjaya meloloskan diri.

Kapten kapal tangki itu, Seok Hae-gyun mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.

 

cheonghae

Unit “Cheonghae” bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat dan kapal-kapal terutamanya milik Korea Selatan yang melalui perairan  di Teluk Aden, Selat Hormuz, Teluk Oman dan Teluk Parsi.

Unit anti piracy ini ditubuhkan pada 3 Mac 2009 sebagai unit anti pelanunan luar negara yang pertama Korea Selatan selaras dengan resolusi 1838 Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.

Selain daripada operasi pada 2011, unit “Cheonghae” turut terbabit dalam operasi membebaskan empat rakyat Korea Selatan daripada kapal berdaftar di Singapura “Gemini,” membawa pulang rakyat Korea Selatan daripada Libya pada 2011 dan 2014.

Pada 2015, unit Komando ini turut terlibat dalam operasi membawa pulang rakyat Korea Selatan daripada Yemen dan pada 2018, ia berjaya membebaskan tiga rakyat Korea daripada sebuah bot nelayan yang dirampas di perairan Ghana.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...