(DEFENCE SECURITY ASIA) – Terdapat percubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Panglimanya Tan Sri Affendi Buang dalam satu kenyataan hari ini berkata, ATM menyedari cubaan serangan siber itu terhadapnya dan telah mengambil tindakan untuk melindungi rangkaian datanya daripada digodam oleh pihak terbabit.
Affendi tidak mendedahkan serangan itu dilakukan oleh pihak mana atau sama ada ia membabitkan “state actor” atau pihak-pihak persendirian.
Ia juga tidak mendedahkan serangan itu berasal daripada penggodam negara mana. Tetapi admin pasti ATM pasti tahu sedikit sebanyak latarbelakang penggodam itu dan berasal daripada mana, cuma ia memilih tidak mahu mendedahkannya (mungkin kerana mahu menjaga hubungan baik kedua-dua negara).
Ini kerana mungkin serangan siber itu dilakukan oleh pihak-pihak persendirian yang tiada kena-mengena dengan kerajaan negara itu. (mungkin pengodam tu marah dengan “penghinaan” yang kononnya dilakukan oleh rakyat kita, hahahahhahah)
PAT juga mengesahkan telah berlaku serangan siber terhadap rangkaian data miliknya semalam yang dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.
Serangan itu hanya melibatkan segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi, dan tidak menjejaskan operasi portal sebenar.
“Sebaik serangan bermula, BSEP dan CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data-data berdarjah, seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.
“ATM juga menyedari wujudnya cubaan serangan siber yang berterusan terhadap rangkaian maklumat yang dimiliki oleh pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan ATM,” katanya dalam kenyataan hari ini.
ATM menurutnya, sentiasa bersiap sedia bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan, dapat dikesan awal seterusnya ditangani sebaiknya.
“ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa, terutama melalui peranan BSEP dan CDOC, yang bukan hanya memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM, malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya.
Semalam, portal web ATM dipercayai telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan mempamerkan gambar tidak senonoh di portal terbabit kira-kira 12 tengah hari.
Comments are closed.