Aster-30 Kawal Ruang Udara Singapura Dari Sebarang Pencerobohan
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bermula daripada Ogos lepas, Singapura telah mula mengoperasikan sistem pertahanan udara Aster-30 yang direkabentuk untuk menangani pelbagai ancaman daripada pesawat pejuang, pesawat tanpa pemandu (UAV) hingga kepada “precision guided munitions” (PGM).
Menteri Pertahanan republic itu Ng Eng Hen berkata, sistem pertahanan Aster-30 itu dihubungkan dengan keseluruhan sistem pertahanan negara itu.
“Sistem itu kini boleh melihat lebih jauh dan bertindak lebih pantas terhadap sasaran dengan menggunakan sumber manusia yang jauh lebih sedikit.
“Satu lagi kemampuannya yang jauh lebih baik berbanding dahulu adalah ia mampu menangani pelbagai sasaran, bukan sahaja pesawat sebagaimana sebelum ini,” kata Ng ketika melawat operasi bateri Aster-30 yang dibina oleh syarikat pertahanan Eropah, MBDA di Kem Lim Chu Kang di republic itu baru-baru ini.
Menurut beliau lagi, sistem Aster-30 ini mampu bertindak PGM moden yang berada di pasaran ketika ini dan akan berkhidmat dengan tentera republic itu sekurang-kurangya dua dekad lagi.
Sistem pertahanan udara Singapura itu akan menghubungkan Aster-30 dengan beberapa lagi sistem pertahanan udara yang dimiliki oleh republic itu termasuk pesawat amaran awal Gulfstream 500, multi mission radar dan sistem peluru berpandu jarak dekat “Spyder.”
Keseluruhan sistem pertahanan udara itu dibangunkan oleh tentera udara Singapura dan Defence Science and Technology (DSTA).
Sistem pengurusan kombat (combat management system) yang disifatkan sebagai “otak” kepada keseluruhan sistem itu boleh mengklasifikasi ancaman dan mengesyorkan senjata yang paling effektif untuk menangani ancaman itu menggunakan Artificial Intelligence dan Data Analytics.
Menteri Pertahanan Singapura itu berkata, sistem pertahanan udara ditunjangi Aster-30 itu mampu memusnahkan sasaran daripada 70km jauhnya.
Republik itu memperolehi Aster-30 pada 2018 untuk menggantikan sistem pertahanan udara i-Hawk yang digunakannya.
Comments are closed.