Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Apa Itu “Mersing Line” (Garisan Mersing)?

0 2,599

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Siapa yang tahu tentang “Mersing Line” (Garisan Mersing)? Memandangkan admin dilahirkan dan dibesarkan di Johor bersempadan dengan Singapura, maka “Mersing Line” itu sentiasa kedengaran.

Bagi pemerhati pertahanan di kedua-dua belah Tambak Johor, perkataan “Mersing Line” itu sentiasa bermain di bibir mereka, tetapi setakat ini kita tidak tahu sama ada ia benar atau tidak kerana ini melibatkan strategi ketenteraan.

Mersing

Mana ada orang nak mengaku tentang strategi tentera mereka.

Walaubagaimanapun, “Mersing Line” itu adalah garisan hipotetikal (bayangan) yang menunjukkan sekiranya konflik bersenjata di antara Malaysia dan Singapura berlaku, tentera republik itu akan mara, menceroboh dan menakluk tanah Johor sehinggalah ke daerah Mersing dalam usahanya untuk mewujudkan “Mersing Line” itu.

Mersing

Itulah dia “Mersing Line”, tetapi bagaimana Singapura mahu mewujudkan garisan itu.

Dikatakan (hipotetikal) Singapura akan menggunakan kekuatan udaranya untuk melumpuhkan TUDM dan segala aset-aset strategik penting Tentera Darat dan Tentera Laut, bagi melicinkan pergerakan masuk unit-unit armor Singapura ke Johor.

Aset-aset peperangan elektronik Singapura juga akan memainkan peranannya.

Mersing
F-15SG

Pergerakan masuk unit-unit armor terdiri daripada kereta perisai Bionix, Hunter serta kereta kebal Leopard SG ke Johor sehinggalah ke Mersing untuk establish “Mersing Line” akan dilakukan dengan pantas dan dilindungi (close air support) oleh kuasa udara tentera udara republic itu.

Selain itu, pasukan-pasukan komandonya juga akan diturunkan menggunakan helikopter Chinook untuk secure (tawan) Tambak Johor dan Linkedua bagi membolehkan kemasukan tentera Singapura ke Johor.

Tentera Udara Singapura dengan pesawat pejuang F-15, F-16 dan akan datang F-35 serta helikopter Apache, akan mewujudkan payung (umbrella) kepada pergerakan masuk tentera Singapura ke Johor untuk establish “Mersing Line” itu.

Mersing
Chinook dan Apache Singapura

Kemaraan unit-unit armor Singapura itu akan turut diiringi oleh puluhan battalion tentera infantrinya untuk mewujudkan “Mersing Line” itu.

Ia dah macam strategi “Blitzkrieg” Tentera Jerman pada Perang Dunia Kedua, lebih kurang.

Kapal-kapal tentera laut Singapura juga akan memastikan mana-mana kapal TLDM yang masih ada tidak menghampiri perairan Mersing.

Ok, berapa lama tempoh masa yang akan diambil oleh Singapura untuk mewujudkan “Mersing Line” itu?

Hunter
Hunter AFV

Netizen-netizen Singapura yang sering mendabik dada tentang kekuatan tentera mereka dan kelemahan tentera Malaysia sering mendakwa tentera mereka mampu mewujudkan “Mersing Line” di dalam tempoh 24 jam selepas peluru pertama dilepaskan.

Dalam tempoh 24 jam Singapura berjaya takluk tanah daripada Johor Baharu sehingga ke Mersing.

Wilayah yang ditakluk oleh tentera Singapura daripada Johor Baharu dan Mersing itu dikatakan mahu dijadikan zon penampan (buffer zone) bagi mengelak sebarang serangan artileri dan roket Malaysia daripada mengenai pulau Singapura.

Dalam pemikiran “pre-emptive strike” tentera Singapura sekiranya konflik berlaku di antara  dengan Malaysia, sebarang pertempuran haruslah berlaku di wilayah Malaysia (Johor).

Mersing
Komando Singapura

Tentera Singapura sebolehnya tidak mahu sebarang pertempuran berlaku di dalam wilayahnya yang kecil itu.Disebabkan saiznya yang kecil, Singapura tidak mempunyai strategic depth.

Tentera Singapura juga tidak mahu kesilapan yang dilakukan oleh tentera British yang gagal mempertahankan pulau itu daripada ditawan oleh Jepun pada Perang Dunia Ke-Dua.

Apabila Jepun berjaya menguasai Johor, maka kejatuhan Singapura itu sudah boleh dijangka.

Satu lagi sebab mengapa Singapura memikirkan tentang keperluan untuk mewujudkan “Mersing Line” adalah untuk melindungi kemudahan-kemudahan bekalan airnya seperti Empangan Linggiu dan beberapa kawasan lain di Kota Tinggi.

Mersing
Tentera Singapura.

Malah, jika berlakunya konflik bersenjata di antara Malaysia dan Singapura, kemungkinan terbesar adalah disebabkan oleh air.

Mereka takut sekiranya terdapat cubaan oleh pihak-pihak di Malaysia yang mahu memutuskan bekalan air ke Singapura dan sanggup berperang untuk mengelakkan perkara itu daripada berlaku.

Air adalah nyawa bagi Singapura.

Apabila Singapura berjaya menakluk sebahagian besar Johor menerusi “Mersing Line”, mereka akan menggunakan meja rundingan pula untuk mencapai matlamat seterusnya iaitu menandatangani terma-terma perjanjian damai yang akan jelas memihak kepada republic itu.

Singapura tidak akan takluk Johor selama-lamanya kerana daripada segi politik ia tidak berbaloi.

Mersing
Kereta kebal Leopard SG Singapura.

Republik itu tidak mahu digelar sebagai tentera penakluk dan sudah semestinya mahukan pertikaiannya dengan Malaysia diselesaikan di meja rundingan yang akan menguntungkannya dalam jangkamasa panjang.

Akibat kita kalah kepada Singapura dalam konflik dan dipaksa menandatangani perjanjian damai yang berat sebelah untuk memastikan kita dapat balik Johor, maka kita terpaksa berada di bawah telunjuk Singapura selama-lamanya.

Mungkin, Singapura akan mendapat bekalan air yang tidak putus daripada Johor dan tiada lagi ancaman untuk merobohkan Tambak Johor.

Tetapi benarkah Malaysia dan Singapura pernah hampir-hampir berperang sebelum ini.

Mersing
Sistem Roket Berganda “HIMARS” Singapura

Admin dimaklumkan pada 1990-1991, hubungan Malaysia Singapura juga berada dalam keadaan yang genting apabila negara dan Indonesia mengadakan latihan Malindo Darsasa 3AB yang melibatkan penerjunan ribuan askar payung terjung kedua-dua negara pada 9 Ogos iaitu ulangtahun ke-26 Hari Kemerdekaan.

Drop Zone (DZ) askar-askar payung terjun itu hanya 18km daripada sempadan Singapura.

Latihan Malindo Darsasa itu telah menyebabkan Singapura melakukan Open Mobilisation puluhan ribu anggota tentera kerahan tenaga Singapura, menunjukkan kegentingan situasi pada ketika itu.

Pada 1998, keadaan juga genting akibat isu KIK di Tanjung Pagar, Singapura sehingga menyebabkan Singapura activate Open Mobilisation kerahan tenaga secara dua bulan berturut-turut.

Mersing
Stesen KTMB di Tanjung Pagar, Singapura.

Open Mobilisation ini juga disusuli dengan Silent Mobilisation unit-unit yang lebih sensitive.

Ada blog republik itu mengatakan tentera NS Singapura sudah bersedia dengan senjata mengelilingi stesen KTMB di Tanjung Pagar pada ketika itu, manakala periuk api diletakkan di sempadan Singapura dan Malaysia.

Oklah, panjang cerita mengenai “Mersing Line”, yang merupakan suatu perkara hipotetikal setakat ini.

Ianya adalah berdasarkan scenario sebelah pihak sahaja, iaitu Singapura manakala kita tidak pasti reaksi dan respons daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia apabila berhadapan dengan usaha pihak Singapura untuk mewujudkan “Mersing Line”.

Kita pasti ATM mesti ada sesuatu strategi ampuh untuk memastikan Singapura gagal melaksanakan usaha untuk mewujudkan “Mersing Line” itu.

Mersing
Self Propelled Howitzer “Primus.”

Cuma kita ni pandai menyimpan rahsia, tetapi admin pasti ATM sememangnya sudah bersedia sekiranya berlaku konflik di antara kedua negara jiran.

Walauapapun kita berharap hubungan antara Malaysia dan Singapura sentiasa baik dan sebarang pertikaian itu dapat diselesaikan di meja rundingan. Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan di meja rundingan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...