Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Perbarisan Kemenangan Tentera Azerbaijan

0 858

(DEFENCE SECURITY ASIA) – “Perbarisan Kemenangan” atau “Victory Parade” bagi meraikan kemenangan Azerbaijan terhadap Armenia dalam Perang Nagorno-Karabakh telah berlangsung di Baku iaitu ibu negara Azerbaijan.

Ribuan penduduk Azerbaijan berbaris ditepi-tepi jalanraya untuk melihat perbarisan kira-kira 3,000 anggota tentera serta ratusan kenderaan dan sistem persenjataan.

(Sila LIKE dan Subscribe You Tube Channel “Defence Security Asia”)

Kebanyakkan daripada mereka menyelimut badan mereka dengan bendera-bendera Azerbaijan dan Turki. Bangunan-bangunan di Baku turut dihiasi dengan bendera kecil dan besar kedua-dua negara bersaudara itu.

Kenderaan tentera dan senjata milik Armenia yang berjaya dirampas oleh tentera Azerbaijan turut dipamerkan kepada orang ramai dalam perbarisan kemenangan itu. Pasukan khas tentera Turki turut terlibat di dalam perbarisan kemenangan itu selepas mereka dijemput khas oleh Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, kemungkinan bagi menghargai pengorbanan dan bantuan tentera Turki di dalam membantu Azerbaijan menewaskan tentera Armenia dalam perang bagi merebut Nagorno Karabakh itu.

Perbarisan
Pasukan komando Turki.

Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan turut menyaksikan perbarisan kemenangan yang berlangsung di ibu kota Azerbaijan itu, Baku.

Turki, yang mempunyai hubungan sejarah dengan Azerbaijan merupakan penyokong terkuat dan pembekal senjata utama kepada tentera Azerbaijan di dalam usaha mereka untuk merampas kembali wilayah bergolak Nagorno-Karabakh yang selama ini berada di bawah pemerintahan etnik Armenia.

Perbarisan
Perbarisan pasukan komando Turki.

Nagorno Karabakh diakui oleh masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai milik Azerbaijan.

Perbarisan
Pasukan komando Azerbaijan dengan senjata Ak-74M dengan optic.

Peperangan selama 44 hari  di Nagorno Karabakh tamat apabila Russia menguatkuasa gencatan senjata yang menyaksikan Azerbaijan menguasai semula sebahagian besar wilayah itu manakala Armenia terpaksa berundur selepas kalah di medan peperangan.

Perbarisan
Meriam bergerak “Dana” milik tentera Azerbaijan.

 

Perbarisan
Komando “Yarasa” tentera Azerbaijan. Unit “Yarasa”” adalah Foreign Intelligence Service.
Perbarisan
Bayraktar TB2 buatan Turki yang digunakan oleh tentera Azerbaijan.
Perbarisan
Anggota infantri tentera laut Azerbaijan.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...