Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Airbus Sah Tawar C-295 MPA Dalam Tender Pesawat Peronda Maritim M’sia

0 1,067

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Syarikat pembuat kapalterbang Eropah, Airbus telah mengesahkan bahawa ia telah menawarkan pesawat Peronda Maritim (MPA) C-295 dalam tender Kementerian Pertahanan untuk membekalkan pesawat itu kepada Malaysia.

Tender bagi membekalkan pesawat MPA kepada Malaysia tamat pada 3 Disember lepas.

airbus

Pengesahan tentang penyertaan pesawat C-295 dalam tender Kementerian Pertahanan itu telah disahkan oleh Naib Presiden, Jualan (Kanada dan Eropah) syarikat Airbus, Ioannis Papachristifilou pada acara taklimat media secara virtual baru-baru ini.

Sebagaimana yang admin jangkakan, perlumbaan untuk membekalkan pesawat MPA kepada Angkatan Tentera Malaysia kini adalah di antara Leonardo yang menawarkan ATR72 MPA, Airbus C-295 MPA dan PTDI daripada Indonesia dengan CN-235 MPA. Menurut tender, ATM bercadang memperolehi dua buah pesawat MPA buat permulaan.

airbus
Pesawat C-295 MPA.

Pesawat MPA C-295 ini mampu melaksanakan pelbagai misi selain MPA seperti Anti-Submarine Warfare dan Anti-Surface Warfare.

C-295 ini dilengkapi dengan fully integrated tactical system (FITS) untuk kawalan misi.

Sistem ini terdiri daripada pelbagai sensor dan komponen termasuk search radar, electro-optic / infrared sensors (EO/IR), electronic support measures (ESM) / electronic intelligence system (ELINT), COMINT, a magnetic anomaly detector (MAD), an IFF interrogator, a SATCOM, a datalink dan a Link-11.

airbus
Pesawat C-295 MPA.

Subsistem yang lain termasuklah  sistem akustik, automatic identification system dan sea pollution detection systems.

Pesawat C295 memiliki sehingga enam underwing handpoints untuk meletakkan senjata yang boleh terdiri daripada torpedo, peluru berpandu dan periuk api.

ATR 72
Pesawat ATR 72 MPA.

Ia boleh terbang selama 11 jam dan sejauh 5,600km.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...