Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Polis Tahan 10 Suspek Kes Samun Bekas Pengarah Mardi

0 527

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Seramai 10 individu yang disyaki terbabit dalam dua kes samun termasuk rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, sudah ditahan oleh polis setakat ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis.

tetak
Kesemua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis. (foto internet)

“Ya, ada tangkapan, setakat semalam, 10 orang termasuk suspek utama kes ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin dijangka mengadakan sidang media mengenai kes dan tangkapan itu hari ini.Malam tadi media tempatan melaporkan, suspek yang menyamun dan menetak Dr Wan Hassan sudah ditahan polis selepas beberapa jam melakukan jenayah terbabit.

tetak
Perompak dipercayai melarikan diri menerusi tingkap di bahagian belakang rumah. (foto internet)

Mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

tetak
Polis Diraja Malaysia.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...