Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[Video] Jepun Lancar Kapal Friget Pelbagai Guna “Kumano”, 5,000 Tan

0 704

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Jepun telah melancarkan kapal friget pelbagai misi 30FFM “Kumano” ,  yang menampilkan penggunaan lebih banyak teknologi moden seperti pesawat tanpa pemandu serta rekabentuk yang mengurangkan kebarangkalian dikesan oleh radar.

Pelancaran “Kumano” itu dilakukan di kemudahan limbungan kapal dimiliki oleh Mitsui di Okayama pada 19 Nov yang lepas.

Kapal “Kumano” yang memiliki berat 5,000 tan ini dijangka memasuki operasi tentera laut Jepun (Japan Maritime Self Defense Force) pada 2022.

Sebenarnya, “Kumano” ini adalah kapal 30FFM yang kedua selepas kapal friget pelbagai guna pertama yang masih dibina di limbungan kapal dimiliki oleh syarikat Mitsubishi di Nagasaki. Kerajaan Jepun memutuskan untuk memperolehi enam buah kapal friget 30FFM pada 2017 bagi melengkapkan angkatan tenteranya.

Friget
Kapal friget pelbagai guna 30FFM “Kumano” ini mempunyai berat 5,000 tan. (foto internet)

Dalam belanjawan pertahanan terbaharu, Kementerian Pertahanan Jepun memohon untuk mendapatkan dua lagi buah kapal friget 30FFM.

Mengikut perancangan, tentera laut Jepun menjangkakan ia bakal memiliki memiliki 22 buah kapal friget pelbagai guna 30FFM yang akan dibina oleh syarikat-syarikat Mitsui dan Mitsubishi Heavy Industries.

Kapal friget pelbagai guna 30FFM Jepun ini direkabentuk untuk berada di kelas Friget tetapi memiliki kemampuan seperti sebuah kapal pemusnah (destroyer), yang menjelaskan mengapa ia adalah seberat 5,000 tan.

 

Pelancaran kapal friget pelbagai guna 30FFM “Kumano” di Okayama pada 19 Nov lepas. (sumber video diambil dari Twitter)

Sebenarnya 30FFM dikategorikan sebagai sebuah kapal pemusnah dan diberi identifikasi 30DX.

Ia memiliki panjang keseluruhan kira-kira 435 kaki panjang dan apabila penuh muatan beratnya boleh mencecah 5,500 tan.

Kapal friget pelbagai guna terbaharu Jepun ini mampu membawa 90 orang anak kapal dan pelbagai persenjataan terdiri daripada sonar anti periuk api dan anti kapal selam.

Selain itu ia juga mampu sebuah helikopter Seahawk, yang ditempatkan di dalam hangar dan peluru berpandu Raytheon Rolling Airframe Missile dan peluru berpandu anti kapal Type 17 buatan syarikat Mitsubishi Heavy Industries.

Friget
Rekabentuk sebuah kapal friget moden. (foto internet)

Kapal ini mampu meluncur selaju 30 knot menggunakan kombinasi enjin turbin gas Rolls Royce dan enjin diesel buatan syarikat MAN.

Dikatakan Indonesia juga berminat untuk mendapatkan sehingga empat buah kapal friget pelbagai guna 30FFM selepas perbincangan di antara Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga dan Presiden Jokowi.

Friget
Friget pelbagai guna 30FFM “Kumano” tentera laut Jepun terbaharu. (foto internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...