Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Pasukan Khas Amerika Guna Raifal Penembak Tepat MRAD MK22

1,159

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pasukan Khas Amerika Syarikat mengesahkan bahawa anggotanya akan dilengkapi dengan raifal penembak tepat daripada jenis MRAD MK22 (Multi Role Adaptive Design MK 22) buatan syarikat Barrett Firearms Co.

Ini berikutan pengumuman daripada syarikat Barrett sebagaimana dipetik oleh portal pertahanan, Defense Blog, bahawa ia telah menerima pesanan daripada U.S Special Operations Command (USSOCOM).

Menurut syarikat, raifal penembak tepat MRAD MK22 itu memenuhi segala keperluan kontrak yang digariskan oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bagi Advanced Sniper Rifle (ASR) untuk kegunaan USSOCOM.

Dari segi rekabentuk raifal ini, memang mengancamlah dan Barrett Firearms Co ini memang terkenal seantero dunia sebagai syarikat pembekal raifal penembak tepat yang sememangnya ampuh dan banyak digunakan oleh pasukan-pasukan khas seluruh dunia termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Barret
Barrett Firearms Co adalah syarikat pembuat raifal penembak tepat yang terkenal di Amerika Syarikat. (foto Barrett)

Dijangkakan anggota pasukan khas Amerika Syarikat itu akan mula menggunakan raifal itu bermula pada Januari tahun depan.

ATM juga menggunakan beberapa jenis raifal penembak tepat buatan syarikat Barrett seperti Barrett M95 12.7mm bagi anti-materiel.

Selain itu kita juga menggunakan raifal penembak tepat buatan syarikat Accuracy International.

USSOCOM mula menyatakan keperluannya untuk raifal penembak tepat yang baharu pada 2016.

Barrett
Raifal MRAD MK22 buatan Barrett. (foto Barrett)

Ia mahukan raifal yang modular, multi-kaliber bolt action yang mampu menukar kaliber daripada .300 Norma Magnum, .338 Norma Magnum dan 7.62mmx51.

Hanya dengan alat khas, raifal modular itu melepaskan tembakan daripada tiga kaliber peluru yang berlainan.

Anggota tentera tidak perlu membawa tiga raifal yang berlainan untuk melaksanakan misi yang pelbagai.

Raifal penembak tepat MRAD MK22 adalah versi dipertingkatkan daripada raifal sedia ada, Multi Role Adaptive Design daripada segi keberkesanan kombatnya dan ketepatan tembakannya serta jaraknya.

ATM
Anggota tentera kita dengan raifal penembak tepat 12.7mm buatan Barrett Firearms Co ketika di Lahad Datu. (foto internet)

Raifal baru ini mengatasi kemampuan raifal sedia ada.

Selain digunakan oleh pasukan khas Amerika Syarikat, anggota Marin dan Tentera Darat negara itu juga akan menggunakan raifal penembak tepat itu.

Tentera Darat Amerika Syarikat akan membelanjakan US$10.3 juta untuk memperolehi  536 raifal berkenaan manakala bagi pasukan Marin pula, mereka mahu mendapatkan kira-kira 200 raifal berkenaan pada harga US$4 juta.

Barrett
Raifal penembak tepat MRAD MK22. (foto Barrett)

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.