Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

China Sasar Kapal Pengangkut Pesawat Amerika di Laut China Selatan

0 437

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada Ogos lepas, China telah melancarkan dua jenis peluru berpandu, dikenali sebagai “DF-26B” dan “DF-21D” dikenali dengan nama “pembunuh kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier killer) ke Laut China Selatan.

Kedua-dua peluru berpandu itu meluncur ribuan kilometer dan menurut penganalisis ketenteraan kepada akhbar The South China Morning Post, ia jatuh di perairan di antara Kepulauan Paracel dan Pulau Hainan.

Bagaimanapun menurut bekas pegawai kanan tentera China dikenali dengan nama Wang Xiangsui yang kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Beihang di Beijing mendedahkan sasaran sebenar kedua-dua peluru berpandu itu adalah sebuah kapal yang sedang bergerak.

Peluru berpandu “DF-26B” dilancar daripada utara China di Qinghai manakala peluru berpandu “DF-21D dilancar daripada Zhejiang di timur China.

DF
Peluru berpandu, DF-26B dan DF-21D adalah “Anti Ship Ballistic Missile” (ASBM). (foto internet)

Kedua-dua peluru berpandu “pembunuh kapal pengangkut pesawat” itu dilancarkan hanya beberapa hari selepas Amerika Syarikat menghantar dua buah kapal pengangkut pesawatnya, USS Ronald Reagan dan USS Nimitz ke kawasan perairan itu untuk mengadakan latihan.

Peluru berpandu DF-21D dan DF-26B mempunyai kemampuan untuk membedil sasaran sejauh di antara 1,500km hingga 2,500km.

“Beberapa hari kemudian (selepas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat belayar), kami melancarkan DF-21 dan DF-26  dan ia (peluru berpandu) telah mengenai sebuah kapal yang sedang belayar selatan daripada Kepulauan Paracel,” kata bekas pegawai kanan China di Zhejiang bulan lepas.

USS
USS Ronald Reagan. (foto internet)

“Tidak lama selepas itu, atase ketenteraan Amerika Syarikat di Geneve mengadu dan memberitahu ia bakal mengundang kesan yang amat buruk jika peluru berpandu itu mengenai kapal-kapal pengangkut pesawat Amerika itu.””

“Mereka (Amerika) melihatnya sebagai show of force, tetapi kita melakukannya kerana mereka melakukan provokasi,” kata Wang.

Beliau berkata pelancaran peluru berpandu itu merupakan “satu amaran kepada Amerika Syarikat” supaya mereka tidak mengambil aksi ketenteraan yang berisiko.

USS
USS Nimitz. (foto internet)

Menurut seorang lagi penganalisis ketenteraan China dikenali dengan nama “Song Zhongping”, pelancaran peluru berpandu itu menunjukkan China mampu melakukan seranan jarak jauh yang tepat terhadap kapal-kapal perang bersaiz sederhana dan besar.

“Untuk mengenai sasaran yang sedang bergerak bukanlah tugasan yang mudah, terutamanya peluru berpandu balistik yang selalunya menjadikan sasaran tetap sebagai sasaran ,” katanya.

Latihan pelancaran peluru berpandu itu katanya, menunjukkan kemampuan China menangani kapal-kapal perang Amerika Syarikat.

DF
Kedua-dua peluru berpandu, DF-21D dan DF-26B dikenali sebagai “aircraft carrier killer.”

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...