Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Adakah Ini Imej Pertama UAV RQ-180 atau “Shikaka”?

0 574

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa hari yang lalu, sekeping gambar menunjukan sebuah pesawat terbang di dalam ruang udara berhampiran Pengkalan Udara Edwards di California, Amerika Syarikat telah mengemparkan pemerhati pertahanan seluruh dunia.

Ia kerana ramai mengatakan pesawat tersebut berkemungkinan adalah RQ-180, sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) yang amat rahsia.

Mungkin UAV sudah hampir siap dan ia kini sedang menjalani ujian-ujian terakhir termasuk daripada segi penerbangan sebelum diterima masuk ke dalam perkhidmatan angkatan tentera Amerika Syarikat.

RQ
RQ-180 juga dipanggil “Shikaka atau Kelawar Putih”. 

Ketika diambil gambarnya oleh seorang pelakon Rob Kolinsky,  UAV RQ-180 sedang terbang di siang hari pada anggaran ketinggian 20,000 kaki.

UAV RQ-180 adalah pesawat tanpa pemandu High Altitude Long Endurance (HALE) dan dikatakan bakal menggantikan Global Hawk.

Rekabentuknya adalah hampir sama seperti pesawat halimunan B-2.

RQ
Adakah ini pesawat UAV rahsia RQ-180. (sumber Twitter)

Syarikat Northrop Grumman dikatakan adalah pihak yang bertanggungjawab membinanya bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.

Tentera Amerika Syarikat tidak pernah mengakui tentang kewujudan projek untuk membina RQ-180.

Oleh kerana itulah mereka amat berahsia tentang RQ-180 atau tidak mahu musuhnya menciplak UAV dan membina untuk kegunaan tentera mereka pulak.

rq

Dan pesawat yang kelihatan di udara pada hari tersebut adalah berwarna putih, selari dengan dakwaan yang dibuat oleh sumber yang rapat dengan projek pembangunan UAV RQ-180 bahawa ia dipanggil “Shikaka” atau “Kelawar Putih.”

“Kelawar Putih” juga dikatakan adalah logo bagi 74th Reconnaisance Squadron, yang didakwa adalah skuadron pelatih pada RQ-180.

RQ
Lakaran artist grafik tentang rekabentuk RQ-180. (sumber internet)

Menurut beberapa laporan media sebelum ini, RQ-180 sebelum ini menjalani ujikaji di Area 51, Nevada.

Laporan juga mengatakan tentera udara Amerika sebenarnya sudah selepas dengan kemampuan yang ditunjukkan oleh RQ-180 dan memutuskan untuk mengurangkan bilangan UAV Global Hawk serta menggantikanya dengan “Shikaka.”

Berbanding dengan RQ-180 yang direkabentuk untuk terbang secara halimunan dan sukar dikesan oleh radar, Global Hawk pula memiliki saiz yang amat besar dan langsung tidak halimunan.

Lagi halimunan, maka lagi baguslah bagi RQ-180 dalam menjalankan misi-misinya iaitu untuk mengumpul maklumat.

Global Hawk
Global Hawk (sumber internet)

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...