Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Dunia Arab Semakin Terima Israel. Malaysia bagaimana?

581

(DEFENCE SECURITY ASIA) –  Satu demi satu negara Arab mengiktiraf kewujudan Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu akhir-akhir ini (di atas dorongan dan sokongan Presiden Donald Trump).

Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan telah menandatangani perjanjian dengan Israel dan mewujudkan hubungan diplomatik, sesuatu yang tidak terfikir oleh masyarakat Arab hanya beberapa tahun lepas.

Puluhan tahun lepas, Mesir dan Jordan telah menandatangani perjanjian damai dengan Israel di dalam kerangka usaha perdamaian yang lebih luas antara dunia Arab dan Israel selepas beberapa siri Perang Arab-Israel yang mengorbankan ratusan ribu nyawa.

Kini spekulasi bertiup kencang bahawa Arab Saudi di bawah pemimpin mudanya, Mohamad bin Salman juga bakal mengikut jejak negara-negara Teluk, UAE dan Bahrain di dalam menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Abraham
Donald Trump bersama pemimpin-pemimpin Israel dan Bahrain serta UAE di Whita House. (sumber internet)

Sebenarnya, hubungan keselamatan antara kedua-dua negara itu telah pun terjalin secara rahsia sejak sekian lama, di didorong oleh kebimbangan mereka terhadap perluasan pengaruh seteru mereka iaitu, rejim syiah di Teheran.

Arab Saudi lebih membenci Iran daripada ia “membenci” Israel.

Ini ditambah pula dengan hubungan “dingin”  antara negara-negara Teluk dengan kepimpinan Fatah di Palestin.

Hamas pula kini dilihat terlalu rapat dengan Iran, jadi Arab Saudi tidak mempunyai pilihan lain.

Beberapa bulan lepas, terdapat khabar-khabar angin mengatakan ketua agensi perisikan Israel iaitu Mossad telah berkunjung ke Arab Saudi.

Kepala Mossad itu, Yossi Cohen dikatakan telah bertemu dengan Mohamad bin Salman di Riyadh.

Salman
Mohamad Bin Salman atau lebih mesra dipanggil “MBS.” (sumber internet)

Yossi dikatakan adalah pengerak utama sehingga termeterainya Perjanjian Abraham atau “Abraham Accord” yang menyaksikan Bahrain dan UAE akhirnya mengiktiraf Israel dan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu.

Kini sasaran Cohen seterusnya adalah terhadap Oman dan Arab Saudi.

Cohen
Ketua Mossad, Yossi Cohen (kanan) bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. (sumber internet)

Kebimbangan Arab Saudi terhadap keadaan geo-politik di Timur Tengah mempunyai asasnya, di mana Iran sedang galak meluaskan pengaruhnya menerusi proksi.

Tindakan agresif Iran di rantau yang kaya dengan minyak itu telah mendekatkan Riyadh dengan Tel Aviv, sekurang-kurangnya di dalam bidang keselamatan dan perkongsian perisikan.

Riyadh melihat dengan cemas bagaimana Iran menerusi proksi-proksinya meluaskan pengaruh mereka di Yemen, Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain dan beberapa negara lain.

Satu demi satu negara yang dahulunya dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Sunni yang sebelum ini pro-kepada Arab Saudi  “tumbang” atau “dikucar-kacirkan” oleh kumpulan-kumpulan Syiah yang berpaksikan kepada rejim Ayatollah di Iran.

Salah satu contohnya adalah Lubnan.

six day
Perang Enam Hari di antara Arab dan Israel pada 1967. (sumber internet)

Kumpulan bersenjata Hezbollah kini sudah terlalu kuat sehingga ia boleh menentukan siapa yang berkuasa di negara Mediterranean itu.

Tenteranya adalah paling kuat di Lubnan dan ditambah pula dengan kekuatan politiknya.

“Nothing moves in Lebanon without Hezbollah,”  menurut penganalisis tempatan.

Apa yang pasti, jika Arab Saudi mengikut jejak langkah negara lain untuk mengiktiraf Israel maka tindakan itu diibaratkan sebagai langkah domino.

Israel

Negara-negara dijangka mengikut jejak langkah Riyadh selepas itu, termasuk kemungkinan Malaysia.

Sebenarnya negara-negara Islam lain hanya menunggu “signal” daripada Arab Saudi sahaja ketika ini.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments are closed.