Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Armenia Cuba Heret Russia Ke Perang Nagorno-Karabakh

0 428

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Risiko konflik di Nagorno-Karabakh merebak dan melibatkan negara-negara lain di rantau Kaukasus itu meningkat apabila Armenia secara rasmi telah meminta bantuan daripada Russia.

Ini selepas, Armenia mengalami kekalahan demi kekalahan di tangan tentera Azerbaijan di Nagorno Karabakh, yang diiktiraf sebagai milik Baku tetapi majoriti penduduknya terdiri daripada etnik Armenia.

Jika Russia terlibat dalam peperangan itu, ia juga akan mengundang pembabitan Turki yang merupakan sekutu kuat Azerbaijan.

Apa pula reaksi NATO sekira salah sebuah negara anggotanya iaitu Turki diserang secara terbuka oleh Russia.

Bandar Ganja
Selepas serangan Armenia terhadap bandar Ganja di Azerbaijan beberapa minggu lepas. (gambar Twitter)

Risiko konflik di Nagorno-Karabakh itu merebak memang amat nyata ketika ini.

Bagaimanapun, Russia dalam reaksi balasnya terhadap permintaan Armenia itu memberitahu bahawa negara itu akan hanya memberikan bantuan “berpatutan” sekiranya peperangan itu merebak ke wilayah Armenia yang sebenar.

Moscow tidak akan terlibat mempertahankan Armenia sekiranya konflik itu hanya berlaku di Nagorno Karabakh.

nagorno karabakh

Permohonan bantuan daripada Russia itu telah disuarakan secara rasmi oleh Perdana Menteri Armenia, Nikol Pashinyan yang meminta supaya kedua-dua negara itu memulakan rundingan bagi membolehkan bantuan oleh Moscow itu.

Permohonan itu juga menyusul selepas Yerevan dan Baku gagal mencapai kata sepakat dalam rundingan gencatan senjata yang diadakan di Geneva dua hari lepas.

Konflik terbaru di antara Azerbaijan dan Armenia telah berlangsung selama satu bulan dengan lebih 1,000 terbunuh di kedua-dua pihak.

Barda
Seorang penduduk Barda menangisi kematian keluarganya dalam serangan roket Armenia di bandar Barda, Azerbaijan. (gambar Twitter)

Penganalisi ketenteraan menganggarkan di dalam tempoh sebulan konflik di Nagorno-Karabakh, Armenia telah kehilangan lebih daripada 20 peratus kawasan di wilayah terbabit berikutan kemaraan tentera Azerbaijan.

Kawasan di mana tentera Armenia mengalami kekalahan itu terletak di bahagian selatan Nagorno-Karabakh.

Dalam suratnya kepada Presiden Russia Vlad Putin, Pashinyan berkata peperangannya dengan Azerbaijan semakin menghampiri Armenia dan meminta Moscow memulakan rundingan tentang pemberian bantuan oleh Russia.

Barda
Dalam serangan roket terhadap bandar Barda, Azerbaijan, 21 penduduknya terbunuh. (gambar Twitter)

Armenia dan Russia menandatangani perjanjian persahabatan dan keselamatan pada 1997.

Russia memiliki pengkalan tentera  Gyumri, iaitu di bandar kedua terbesar.

Sementara itu, Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev di dalam reaksi balasnya berkata, peperangan hanya melibatkan negara itu dengan Armenia dan meminta “negara ketiga” supaya tidak masuk campur dalam konflik di Nagorno-Karabakh.

— DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...