Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Amerika, Jepun adakan Latihan “Keen Sword”, Amaran Kepada China

0 419

(DEFENCE SECURITY ASIA) —  Amerika Syarikat dan Jepun memulakan latihan udara, darat dan laut di sekitar perairan Jepun dalam tindakan yang dilihat sebagai satu amaran kepada tindak-tanduk melampau tentera China.

Latihan tentera itu dinamakan “Keen Sword”, merupakan latihan tentera di antara kedua-dua negara sejak Jepun menerima Perdana Menteri baru, Yoshihide Suga yang telah berjanji untuk meneruskan usaha meningkatkan kekuatan tentera negara Matahari Terbit itu.

Jepun berusaha meningkatkan kekuatan tentera untuk menangani ancaman China yang turut sama menuntut pulau-pulau milik Jepun di Laut China Timur (East China Sea).

Keen Sword
Kapal-kapal destroyer tentera laut Amerika Syarikat dan Jepun dalam latihan tentera “Keen Sword” yang akan berlangsung sehingga 5 Nov depan. (kredit U.S 7th Fleet)

Tokyo sebenarnya bimbang dengan peningkatan aktiviti tentera laut China terutamanya di sekitar Laut China Timur melibatkan Pulau Senkaku miliknya atau Diaoyu, sebagaimana dipanggil oleh China.

Latihan tentera “Keen Sword” itu disertai oleh puluhan kapal perang daripada kedua-dua negara termasuk kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan dan kapal pengangkut helicopter Tentera Laut Jepun, JS Kaga.

Kira-kira 46,000 anggota tentera kedua-dua negara turut terlibat dalam latihan yang berlangsung mulai semalam hingga 5 Nov.

Lancer
Pesawat pengebom strategik B-1B Lancer ketika tiba di Pengkalan Udara Andersen di Guam. (kredit Stars and Stripes)

Latihan yang turut melibatkan elemen siber dan peperangan elektronik itu diadakan setiap dua tahun sekali.

Pada 21 Okt, empat buah pesawat pengebom strategik B-1B “Lancer” daripada pengkalan udara di Texas tiba di Pengkalan Udara Andersen di Guam.

Bagaimanapun, pembabitan pesawat pengebom strategik itu di dalam latihan tentera “Keen Sword” tidak dapat dipastikan.

Keen Sword
201026-N-DL524-1563 PHILIPPINE SEA (Oct. 26, 2020) U.S. Navy ships assigned to Ronald Reagan Carrier Strike Group joined ships of Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF) Escort Flotilla 1, Escort Flotilla 4, and the Royal Canadian Navy, in formation while aircraft from the U.S. Navy, U.S. Marine Corps, U.S. Air Force, JMSDF and Japan Air Self Defense Force fly in formation during Keen Sword 21. Keen Sword is an example of the strength of U.S.-Japan Alliance, the foundation of peace and security in the Indo-Pacific region for almost 60 years. The relationships built and maintained during these events are critical to our shared capability to respond to contingencies at a moment’s notice. (U.S. Navy photo by Mass Communication Specialist 2nd Class Erica Bechard)

“Keadaan keselamatan disekeliling Jepun pada ketika ini adalah semakin rumit. Ini memberikan kita peluang untuk menunjukkan kekuatan hubungan dan kerjasama di antara Jepun dan Amerika Syarikat,” kata Jeneral Koji Yamazaki kepada pemberita di atas kapal JS Kaga.

Sementara itu Komander Tentera Amerika di Jepun, Lt Jeneral Kevin Schneider pula berkata beberapa aktiviti terkini tentera China membimbangkan Tokyo dan Washington.

Ini termasuklah tindakan Beijing memperkenalkan undang-undang keselamatan di Hong Kong yang menjejaskan kuasa autonomi pulau itu,  peningkatan kuasa tentera China di Laut China Selatan dan ketegangan di Taiwan.

Keen Sword
Latihan tentera “Keen Sword” antara Jepun dan Amerika Syarikat diadakan ketika ketegangan dengan China memuncak. (kredit U.S 7th Fleet)
Keen Sword
Amerika Syarikat menempatkan puluhan ribu anggota tentera di Pulau Okinawa. (kredit U.S 7th Fleet)

JS Kaga, sebuah kapal pengangkut helikopter sepanjang 248 meter adalah kapal perang terbesar yang dimiliki oleh Jepun pada ketika ini.

Kapal perang  itu atau Landing Helicopter Dock (LHD) baru sahaja pulang daripada mengadakan rondaan di Laut China Selatan dan Lautan Hindi.

Awal tahun depan, kapal pengangkut helicopter itu akan menjalani kerja-kerja naik taraf bagi membolehkan ia mampu membawa pesawat pejuang F-35B.

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...