Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

24 Warga Palestin Termasuk 9 Kanak-Kanak Terbunuh Akibat Serangan Israel Setakat ini

Menurutnya, turut terbunuh dalam serangan udara Israel itu adalah sembilan orang kanak-kanak, manakala 103 orang termasuk kanak-kanak dan wanita mengalami kecederaan.

0 1,998

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pihak berkuasa Kesihatan di Semenanjung Gaza mengesahkan bahawa 24 orang penduduk Palestin telah menjadi korban akibat serangan udara oleh pihak tentera Israel setakat ini.

Menurutnya, turut terbunuh dalam serangan udara Israel itu adalah sembilan orang kanak-kanak, manakala 103 orang termasuk kanak-kanak dan wanita mengalami kecederaan.

Laporan daripada media-media Palestin mengatakan kebanyakkan mereka yang terbunuh dalam serangan udara Israel adalah penduduk awam yang tiada kena-mengena dengan organisasi bersenjata Palestin.

Sementara itu pejuang-pejuang Palestin termasuk Hamas meneruskan serangan roket mereka terhadap beberapa bandar utama Israel seperti Ashkelon, Sderot dan beberapa bandar lain di sempadan Israel-Gaza.

Laporan juga mengatakan bahawa beberapa buah rumah penduduk Israel mengalami kerosakan teruk akibat terkena letupan roket yang dilancarkan daripada Gaza manakala beberapa daripada mereka mengalami kecederaan.

Gaza
Suasana di salah sebuah hospital di Semenanjung Gaza semalam.

 

Israel tidak menyatakan bilangan penduduknya yang mengalami kecederaan setakat ini.

Tentera Israel mengatakan setakat ini pejuang-pejuang Palestin telah melancarkan lebih daripada 200 buah roket serta bedilan mortar ke arah bandar-bandar di Israel.

Tentera Israel juga mengatakan ia telah telah melakukan serangan udara terhadap 130 kedudukan pejuang-pejuang Palestin termasuk yang dimiliki oleh Hamas dan Islamic Jihad di Semenanjung Gaza sehingga kini.

Gaza

 

Gaza

Katanya, antara sasarannya adalah komander battalion Hamas, kemudahan perisikan Hamas di Semenanjung Gaza serta kemudahan pembuatan bahan letupan serta senjata dimiliki kumpulan itu.

Ia juga mengatakan ia berjaya membunuh 15 anggota bersenjata Hamas.

Tentera Israel mengatakan serangan-serangan udara itu dilancarkan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter bersenjata dan dron.

Ia juga mengumumkan bahawa serangan terhadap Semenanjung Gaza akan diteruskan sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam lagi.

Israel
Sistem Pertahanan Iron Dome sedang memintas roket-roket daripada Gaza.

 

— DEFENCE SECURITY ASIA

 

Comments
Loading...