Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

“Pesawat Bawa Ketua Kami Ditembak Jatuh Tentera Russia,” Dakwa Pengikut Wagner

Saluran Telegram kumpulan Wagner dikenali sebagai "Grey Zone" imendakwa bahawa pesawat membawa ketua kumpulan bersenjata Wagner Yevgeny Prigozhin dan panglima paling kanannya  Dmitry Utkin telah ditembak jatuh menggunakan sistem pertahanan udara tetapi tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong tuduhannya itu.

0 10,845

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Saluran Telegram dikaitkan dengan kumpulan bersenjata “Wagner” mengesahkan kematian ketuanya, Yevgeny Prigozhin apabila pesawat mewah Embraer Legacy 600 membawanya terhempas di Kuzenkino, wilayah Tver di utara Moscow hari ini.

Saluran Telegram itu, “Grey Zone” mengesahkan kematian ketuanya itu dan menyatakan bahawa Prigozhin menemui ajalnya ditangan mereka yang didakwa mereka sebagai “pengkhianat Russia”.

Saluran Telegram itu juga mendakwa bahawa pesawat membawa ketua kumpulan bersenjata Wagner dan panglima paling kanannya  Dmitry Utkin itu telah ditembak jatuh menggunakan sistem pertahanan udara tetapi tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong tuduhannya itu.

wagner
Bangkai pesawat bawa ketua kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin.

 

Prigozhin dan Utkin, seorang bekas pegawai kanan unit komando tentera Russia, “Spetsnaz” dikatakan dua individu bertanggungjawab menubuhkan kumpulan bersenjata Wagner. 

Terdapat dikalangan anggota kumpulan Wagner mengancam bahawa mereka akan bertindak balas terhadap kematian  Prigozhin dan Utkin itu.

Seorang pegawai kerajaan Russia yang enggan dikenali memberitahu portal berita, Moscow Times bahawa beliau percaya insiden itu mahupun lokasi kejadian saling berkait dan bukanlah insiden kemalangan yang biasa.

“Ia tidak jauh daripada kediaman presiden Putin di Valdai, terdapat empat divisyen sistem pertahanan udara S-300 PMU mengawasi ruang udara,”

“Lihat bagaimana (pesawat) itu jatuh, ia ditembak begitu sahaja. Pesawat itu hanya jatuh begitu sahaja daripada udara,” kata sumber itu.

Wagner

Menurut Ian Petchenik daripada aplikasi Flightradar 24, pada 3.19 petang pesawat itu tiba-tiba menjunam  daripadab 28,000 kaki kepada hanya 8,000 kaki.

“Apa-apa yang berlaku, ia berlaku dengan cepat, kata Petchenik.

Sementara Daniel Hoffman, yang merupakan bekas pegawai kanan operasi agensi perisikan Amerika Syarikat Central Intelligence Agency (CIA) berkata beliau tidak mempunyai keraguan bahawa kemalangan terhadap pesawat membawa ketua Wagner itu adalah ” diatas arahan (Presiden Vladimir) Putin.

Beliau percaya bahawa Prigozhin tidak ditangkap selepas melancarkan pemberontakan terhadap Putin pada June lepas untuk memberikan ” gambaran palsu tentang keselamatan dan kebebasan supaya mereka boleh berbuat sesuatu terhadapnya.”

“This (insiden menimpa Prigozhin) adalah untuk memberikan keselamatan pada Putin. Anda tidak boleh membiarkan individu yang anda panggil pengkhianat pada akhir Jun apabila beliau melancarkan pemberontakan untuk terus hidup. Ia tidak akan berlaku,” kata beliau.

wagner
Pesawat malang bawa ketua kumpulan bersenjata Wagner.

 

Dan Prigozhin kata Hoffman, mungkin mempunyai pendapat yang ” tinggi” bahawa beliau akan terus hidup.

Ketua kumpulan Wagner, Yevgeny Prigozhin dan panglima kanan beliau, Dmitry Utkin berserta lapan yang lain berada di dalam sebuah pesawat mewah yang terhempas di utara Moscow tanpa ada mangsa yang selamat.

Agensi kerajaan Rusia yang bertanggungjawab ke atas penerbangan awam, Rosaviatsiya sebelum ini hanya berkata Prigozhin disenaraikan dalam senarai penumpang pesawat malang itu.

Tetapi pada Rabu malam, agensi tersebut memberikan nama semua tujuh penumpang dan tiga orang anak kapal yang dikatakan berada dalam jet Embraer tersebut ketika ia terhempas berdekatan Moscow beberapa jam sebelumnya, lapor Agensi Berita Jerman.

Wagner
Dmitry Utkin

 

Namun begitu, Rosaviatsiya mahupun mana-mana pegawai Rusia yang lain masih belum menyatakan dengan tegas bahawa Prigozhin telah terbunuh.

Rosaviatsiya berkata jet malang itu dalam perjalanan dari Moscow ke St Petersburg dan terbang “mengikut permit penerbangan yang dikeluarkan mengikut urutan yang betul”.

Agensi itu berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca nahas. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...