Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] “Nak Hidup Atau Mati” – Tragedi Tembakan Babit Anggota TUDM

Sumber yang dipetik oleh akhbar Harian Metro berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi itu, suspek berpangkat Koperal datang ke balai pengawal kem berkenaan dengan menaiki motosikal.

0 4,900

(DEFENCE SECURITY ASIA) — “Nak hidup atau mati!” Itu kata terakhir anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum menembak mati tiga rakan setugasnya di Skuadron 330 TUDM, di sini, pagi tadi.

Sumber yang dipetik oleh akhbar Harian Metro berkata, dalam kejadian pada jam 7.15 pagi itu, suspek berpangkat Koperal datang ke balai pengawal kem berkenaan dengan menaiki motosikal.

Ketika itu, lima anggota iaitu tiga berpangkat Koperal dan dua Laskar Udara berada di balai pengawal berkenaan.

Menurutnya, suspek kemudiannya meluru ke dalam balai pengawal dan terus mencapai sepucuk senjata jenis Colt M4 Carbine lalu mencekahnya.

“Salah seorang anggota sempat menegurnya namun suspek bertanya, nak hidup atau mati,” katanya.

Melihat tindakan suspek yang mengejutkan itu, salah seorang anggota berpangkat Koperal cuba menenangkannya, namun suspek terus melepaskan tembakan ke arah perut mangsa.

Anggota lain yang menyaksikan kejadian itu cuba menyelamatkan diri, namun suspek terus melepaskan tembakan yang terkena dua lagi mangsa.

Dua mangsa yang masing-masing cedera di bahagian belakang dan dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi yang cedera di perut disahkan meninggal dunia di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan, manakala suspek pula meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri.

Mayat semua anggota terbabit dihantar ke Unit Forensik, Hospital Umum Sarawak di Kuching, untuk tindakan lanjut.

TUDM

Difahamkan, suspek yang sebelum ini pernah bertugas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang, tidak menghadapi masalah pergaulan dengan rakan setugas.

Dia yang berasal dari Lundu dikatakan sedang menjalani kuarantin Covid-19.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian tembak yang mengakibatkan empat anggotanya maut di kem di Kota Samarahan di sini, pagi tadi.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warga TUDM pada jam 7.15 pagi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching ketika waktu anggota bertugas.

M4
Senapang Colt M4 Carbine

 

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai.

“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu.

Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan di sini, pagi tadi.

DEFENCE SECURITY ASIA/HARIAN METRO

Comments
Loading...