Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Kapal LMS Batch 2 TLDM Dilengkapi Peluru Berpandu Darat-ke-Udara “K-SAAM” Korea Selatan

(VIDEO) Ketiga-tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diperolehi daripada Turkiye dilaporkan akan dilengkapi dengan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM (Korean Surface to Anti Air Missile) atau dalam bahasa Koreanya “Haegung”.

0 2,463
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Ketiga-tiga buah kapal Littoral Mission Ship (LMS) Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diperolehi daripada Turkiye dilaporkan akan dilengkapi dengan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM (Korean Surface to Anti Air Missile) atau dalam bahasa Koreanya “Haegung”.
Ia mula dibangunkan sejak 2011 dan pada 2019 mula dihasilkan secara besar-besaran selepas ia berjaya melepasi ujian apabila berhadapan dengan peluru berpandu anti-kapal Korea Utara “Kumsong”, sebagaimana dilaporkan.
Peluru berpandu darat-ke-udara jarak dekat itu dibangunkan oleh Agency for Defence Development (ADD) Korea Selatan dan syarikat LIG Nex1 serta berkemampuan meluncur selaju Mach 2 dan membedil sasaran sejauh 20km.
Ia dibangunkan oleh Korea Selatan untuk menggantikan sistem peluru berpandu darat-ke-udara Rolling Airframe Missile (RAM) yang dibangunkan oleh syarikat Raytheon (kini dikenali sebagai RTX) untuk memberikan pertahanan “close-in” kepada kapal-kapal menggunakannya.
K-SAAM (Korean Surface-to-Air Anti-Air Missile) adalah sistem peluru berpandu pertahanan point-defense yang dibangunkan oleh Korea Selatan untuk kegunaan tentera laut.
Ia direka bagi memintas dan memusnahkan pesawat musuh serta peluru berpandu anti-kapal yang sedang menghampiri kapal-kapal perang.
K-SAAM
K-SAAM
Sistem ini dibangunkan oleh LIG Nex1 dan digunakan oleh Tentera Laut Korea Selatan (ROKN) untuk meningkatkan keupayaan pertahanan udara kapal perang mereka.
Ciri Utama:
  • Peranan: Point Defense terhadap pesawat dan peluru berpandu yang menghampiri kapal-kapal perang Tentera Laut Korea Selatan.
  • Panduan: Radar Aktif Homing
  • Platform: Digunakan pada kapal pemusnah dan friget ROKN.
  • Jarak: Dianggarkan sekitar 20 km.
  • Setanding dengan: RIM-116 Rolling Airframe Missile (RAM) dari Amerika Syarikat.
K-SAAM memainkan peranan penting dalam mempertahankan kapal perang dengan memintas ancaman pada jarak dekat, memastikan kapal Korea Selatan lebih selamat dalam operasi tempur.
Setiap kapal LMS Batch 2 TLDM yang akan dibina oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil (STM) akan dilengkapi dengan 16 silo Vertical Launch System (VLS) untuk melancarkan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM.

 

 

K-SAAM
Setiap peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM itu memiliki panjang 3.08 meter.
Pada ketika ini peluru berpandu darat-ke-udara terbabit sudah digunakan oleh kapal-kapal friget kelas-Daegu dan kapal amphibious assault kelas-Dokdo ROKS Marado milik Tentera Laut Korea Selata
Peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM itu dilengkapi dengan dual-mode seeker yang terdiri daripada radar dan infrared seeker, membolehkan ia beraksi dengan berkesan dalam suasana maritim sebagai senjata offensif dan defensif menentang peluru berpandu anti-kapal dan pesawat-pesawat pejuang.
Ia juga dilengkapi dengan kemampuan inertial mid-course guidance.
Dengan pemilihan peluru berpandu darat-ke-udara K-SAAM oleh kapal-kapal LMS Batch 2 TLDM sudah pasti akan memberikan kelebihan kepada satu lagi pertahanan udara jarak sederhana (Medium Range Air Defence System – MERAD)  buatan Korea Selatan iaitu KM-SAM atau yang juga dikenali dengan nama Koreanya, “Cheongung”.
KM-SAM adalah sistem pertahanan udara jarak sederhana Korea Selatan juga dibangunkan oleh ADD dan LIG Nex1 dengan bantuan teknikal daripada firma Russia, Almaz-Antey yang terkenal dengan pembangunan sistem pertahanan udara S-300,S-400 dan terkini, S-500.
Satu ciri yang menarik mengenai sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM  adalah ianya merupakan satu-satunya sistem MERAD yang mempunyai sentuhan DNA teknologi dari kedua-dua Blok Barat dan Rusia.
Dalam perancangan pembangunan CAP55 TUDM, ia telah menggariskan perolehan sehingga empat buah bateri sistem pertahanan udara jarak sederhana (MERAD) bermula dariada Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-25) hingga RMK-15 (2035-2040).
Komposisi standard sistem KM-SAM mengandungi sebuah Fire Control Centre (FCC), sebuah Multifunction Radar (MFR) dan beberapa Transporter Erector Launcher (TEL) yang boleh membawa sehingga lapan buah peluru berpandu bagi sistem terbabit.
K-SAAM
K-SAAM
Radar 3D Pelbagai Fungsi Passive Electronically Scanned Array (PESA) X-Band sistem KM-SAM itu berkemampuan mengesan sasaran sejauh 100km dan track sebanyak 40 sasaran secara serentak.
Sistem pertahanan udara jarak sederhana KM-SAM boleh membedil sasaran udara setinggi 15km (49,000 kaki) pada jarak sejauh 40 km.
Sistem MERAD KM-SAM ini telah berjaya merangkul beberapa kejayaan akhir-akhir ini kontrak daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan terkini, Iraq. — DSA

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.