(VIDEO) Iran Berjaya Lancar Satelit Penyelidik Chamran-1 Guna Roket Pelancar Qaem-100
(VIDEO) Seperti biasa, pelancaran satelit penyelidikan oleh Iran telah membangkitkan kebimbangan daripada beberapa negara Barat terutamanya daripada Amerika Syarikat yang melihat program angkasa lepas Iran itu hanyalah samaran kepada program peluru berpandu ballistik antara benua negara (ICBM – Inter Continental Ballistic Missile) oleh Teheran.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Iran telah berjaya melancarkan satelit peyelidikannya “Chamran-1” ke orbit menggunakan roket “Qaem-100” yang dibangunkan oleh Pengawal Revolusi Islam Iran, menurut media-media negara itu.
Pelancaran satelit itu merupakan suatu detik bersejarah kepada Iran terutamanya terhadap program angkasa lepas negara itu, yang menerima kritikan hebat daripada dunia luar yang mendakwa ia akan digunakan untuk program pembangunan peluru berpandu ballistik.
Satelit penyelidikan Chamran-1 itu memiliki berat 60kg telah diletakkan ke orbit sejauh 550km daripada bumi dan direkabentuk untuk menguji sistem bagi technology manuver orbital, menurut media Iran.
Signal awalan daripada satelit yang diterima oleh pusat kawalan bumi sebaik sahaja dilancarkan menunjukkan pelancaran itu berjaya.
Sementara itu, roket Qaem-100 yang merupakan roket yang menggunakan bahan api pepejal turut digunakan untuk pelancaran satu lagi satelit berlainan pada bulan Januari lalu.
Pemain Video
00:00
00:00
Menurut media-media Iran, pelancaran satelit penyelidikan Chamran-1 itu dilakukan di Shahroud, yang terletak kira-kira 350km di timur Teheran.
Pelancaran satelit penyelidik, Chamran-1 oleh roket pelancar Qaem-100 itu berlaku ketika rantau Timur Tengah itu berada dalam keadaan yang amat tegang akibat konflik di antara Palestin dan Israel yang menghampiri ulangtahun yang pertama pada bulan depan.
Seperti biasa, pelancaran satelit penyelidikan oleh Iran telah membangkitkan kebimbangan daripada beberapa negara Barat terutamanya daripada Amerika Syarikat yang melihat program angkasa lepas Iran itu hanyalah samaran kepada program peluru berpandu ballistik antara benua negara (ICBM – Inter Continental Ballistic Missile) oleh Teheran.
Peluru berpandu ballistik antara benua itu adalah peluru berpandu ballistik yang berkemampuan melancarkan peledak nuklear dan konvensional sejauh lebih daripada 5,500km.


Comments are closed.