Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

[VIDEO] Anggota Kongres Amerika Bimbang “Keberkesanan” Dron Turki, Dakwa Ia Gugat Kestabilan

Anggota-anggota Kongres negara itu itu mengadu bahawa dron-dron Turki telah “mengugat kestabilan di beberapa rantau di dunia dan mengancam kepentingan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya."

0 1,250

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sekumpulan 27 orang anggota Kongres Amerika Syarikat telah menghantar surat kepada Setiausaha Negara itu Anthony Blinken bagi menyatakan kebimbangan mereka berkenaan keberkesanan dron Turki.

Anggota-anggota Kongres negara itu itu mengadu bahawa dron-dron Turki telah “mengugat kestabilan di beberapa rantau di dunia dan mengancam kepentingan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.”

Menurut mereka, dron Turki telah dikerah di Azerbaijan, Syria dan Libya dan rundingan sedang dijalankan bagi menjual dron-dron buatan negara Mediterranean kepada Poland dan Pakistan.

Pemerhati mengatakan tindakan 27 anggota Kongres itu merupakan langkah lobi anti-Turki yang sedang berleluasa di Amerika Syarikat.

Awal tahun ini, sebanyak 170 anggota Senat Amerika Syarikat turut menandatangani surat kepada Blinken meminta Washington supaya meningkatkan tekanan kepada Turki berikutan rekod hak asasinya yang membimbangkan.

Pihak berkuasa Turki mengatakan bahawa negara itu kini merupakan pengeluar dron terbesar di dunia sejak Ankara menghasilan sistem itu dalam negara bagi mengurangkan kebergantungannya terhadap negara-negara luar.

Dron-dron Turki amat popular pada ketika berikutan keberkesaannya di dalam konflik-konflik di Azerbaijan, Libya dan Syria.

Antara dron-dron keluaran Turki yang disebut ramai pada ketika ini adalah Bayrtaktar TB2 dan TAI Anka.

Pada ketika ini, selain digunakan sendiri oleh pasukan keselamatan Turki, dron-dron mereka turut digunakan oleh angkatan tentera Azerbaijan, Qatar, Ukraine dan Poland, manakala banyak negara juga menunjukkan minat untuk memilikinya.

Syarikat pengeluar dron Turki, Baykar mengatakan ia kini sedang berunding dengan 10 buah negara yang menunjukkan minat yang tinggi untuk membeli dron keluaran syarikatnya.

Selain Poland, sebuah lagi negara NATO iaitu Latvia turut menyatakan minat untuk menjadi negara NATO kedua selepas Poland untuk memperolehi dron keluaran Turki.

TAI Anka
Dron Turki TAI “Anka”

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...