Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) UZI PRO Sub-Machine Gun Ke Itu???

Jarang-jarang sekali security details Yang di-Pertuan Agong iaitu anggota Unit Tindak Khas (UTK) menunjukkan secara terbuka persenjataan peribadi dibawa mereka di dikhalayak ramai ketika melaksanakan tugasan memberikan kawalan keselamatan rapat (close protection) ketika baginda menghadiri apa-apa majlis.

0 10,010

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ini Yang di-Pertuan Agong , Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sedang berada di Sabah bagi program Kembara Kenali Borneo.

Kembara Kenali Borneo, satu pengembaraan bagi mengenali lebih dekat rakyat Malaysia yang menetap di pedalaman Sabah dan Sarawak bermula daripada semalam hingga 13 Sept.

Namun apa yang menarik bagi Defence Security Asia adalah gambar-gambar rasmi yang dikeluarkan oleh akaun-akaun FB Istana Negara, Bernama mahupun Polis Sabah yang memaparkan senjata (Personal Defense Weapon – PDW) digunakan oleh anggota keselamatan yang mengiring Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika baginda berada di Tawau semalam.

Uzi
UZI PRO SMG
Uzi
(Kredit Polis Sabah)

 

Sepanjang tugas mengiringi Tuanku, jari mereka juga sentiasa kelihatan di picu PDW mereka menunjukkan tahap kesiapsiagaan mereka adalah pada tahap paling tinggi.

Jarang-jarang sekali security detail Yang di-Pertuan Agong iaitu anggota Unit Tindak Khas (UTK) menunjukkan secara terbuka persenjataan peribadi dibawa mereka ketika di dikhalayak ramai melaksanakan tugasan memberikan kawalan keselamatan rapat (close protection) kepada Tuanku ketika baginda menghadiri apa-apa majlis.

Bagaimanapun, admin berpendapat ‘open display’ senjata oleh anggota-anggota UTK yang mengawal keselamatan Tuanku di khalayak ramai di Tawau semalam itu berkemungkinan disebabkan oleh faktor lokasi itu sendiri.

Tawau itu terletak di dalam kawasan ESSCOM, yang sebagaimana yang ketahui memiliki “cabaran-cabaran” keselamatannya yang tersendiri.

Uzi

Uzi
(Kredit Polis Sabah)

 

Berdasarkan kepada gambar-gambar rasmi yang dikeluarkan oleh akaun-akaun FB Istana Negara, Bernama dan Polis Sabah itu, Defence Security Asia tidak dapat mengenalpasti secara 100 peratus jenis senjata yang digunakan oleh anggota-anggota UTK yang mengiringi Tuanku di Tawau semalam itu.

Bagaimanapun daripada pemerhatian amatur menerusi gambar-gambar yang telah tersedar di media-media sosial itu, ia “seakan-akan” (menyerupai) —  UZI PRO Sub-Machine Gun (SMG) keluaran IWI (Israel Weapon Industries) yang hanya memiliki berat 2.4kg dan boleh melepaskan di antara 1,000 hingga 1,150 das tembakan dalam seminit.

Kaliber UZI PRO SMG adalah 9x19mm.

Disebabkan saiznya (panjang senjata itu hanya diantara 317mm hingga 539mm), berat (2.4kg) serta rate of fire (kadar tembakan dalam seminitnya yang tinggi), telah menjadikan UZI PRO SMG pilihan banyak pasukan khas diseluruh dunia terutamanya yang terbabit khusus dalam Close Quarter Battle (CQB).

Uzi

Uzi
Jari sentiasa di picu senjata,

 

Disebabkan oleh saiznya yang kecil  itu juga, UZI PRO SMG itu mudah untuk disembunyikan di bawah pakaian anggota keselamatan yang membawanya.

Selain itu, gambar-gambar yang dikeluarkan oleh sumber-sumber rasmi semalam juga menunjukkan senjata PDW milik anggota UTK yang mengiringi Tuanku itu dilengkapi dengan Picatinny Rails yang menempatkan Scope.

Senjata PDW milik anggota UTK itu juga kelihatan dilengkapi dengan “shoulder stock” bagi kestabilan ketika menembak.

Walaupun apapun — tekaan bahawa senjata yang dibawa oleh anggota UTK ditugaskan untuk memberikan kawalan keselamatan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong itu adalah UZI PRO SMG buatan IWI mungkin juga salah.

Mungkin senjata PDW yang dibawa oleh anggota UTK  itu daripada jenis yang lain.

Namun kita ucapkan “All The Best” kepada semua anggota keselamatan negara yang terlibat sepanjang program Kembara Kenali Borneo itu. — DSA

Donlod

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...