Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Amerika Mahu Bersarakan 310 Pesawat Kombat Tahun Depan, Termasuk F-22

Persaraan 310 buah pesawat termasuk 32 buah F-22 Raptor akan memastikan USAF mempunyai lebih banyak duit untuk berbelanja pada keperluan-keperluan masa depannya seperti pesawat Gen-6 dipanggil “New Generation Air Combat” (NGAD) serta membangunkan dron yang akan menyertai medan peperangan udara.

0 4,105

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Bagi memastikan ia memiliki lebih banyak peruntukan untuk dibelanjakan pada tahun depan, Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) bercadang untuk menamatkan khidmat 310 buah pesawat kombat miliknya.

Persaraan 310 buah pesawat itu akan memastikan USAF mempunyai lebih banyak duit untuk berbelanja pada keperluan-keperluan masa depannya seperti pesawat Gen-6 dipanggil “New Generation Air Combat” (NGAD) serta membangunkan dron yang akan menyertai medan peperangan udara.

USAF memohon sejumlah US$185 bilion (RM740 bilion) bagi belanjawannya pada tahun depan, yang merupakan suatu peningkatan berbanding US$179 bilion (RM716 bilion) belanjawan yang diterimanya pada tahun ini.

F-15
Pesawat F-15C/D

 

Menurut pegawai-pegawai USAF,  antara pesawat yang akan dibersarakan pada tahun depan adalah E-8 Joint Surveillance Target Attack Radar System (JSTARs), KC-10 selain mempercepatkan lagi penamatan khidmat pesawat pejuang A-10 Warthog.

Walaupun Kongress Amerika Syarikat menghalang usaha USAF untuk membersarakan pesawat pejuang Air Dominance F-22 Raptor pada tahun ini, namun USAF akan meneruskan usahanya untuk menamatkan khidmat F-22 itu pada tahun depan.

USAF akan cuba menamatkan khidmat 32 buah pesawat F-22 yang terdiri daripada varian yang sudah berusia pada tahun depan.

Menurut laporan Government Accountability Office (GAO) di Amerika Syarikat, USAF membelanjakan kira-kira US$2.2 bilion (RM8.8 bilion) setiap tahun untuk mengoperasikan pesawat-pesawat F-22 Raptor.

A-10 Thunderbolt

Ia berpendapat bahawa wang itu boleh dibelanjakan oleh USAF untuk membangunkan pesawat Gen-6 iaitu NGAD.

Selain itu, USAF juga mahu menamatkan khidmat pesawat pejuang F-15C/D yang dioperasikan oleh Air National Guard, dengan sejumlah 57 buah daripada pesawat pejuang terbabit dirancang untuk ditamatkan khidmat pada tahun depan.

Pesawat-pesawat F-15C/D itu yang ditamatkan khidmatnya akan digantikan dengan varian F-15EX yang lebih moden serta F-35.

Pihak USAF juga bercadang menamatkan khidmat sebanyak 16 buah pesawat E-3 Airborne Warning and Control System (AWACS) pada tahun depan.

Pengintip
Pesawat airborne warning and control system (AWACS) E-3B juga akan dibersarakan tahun depan.

 

Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat Frank Kendall berkata bahawa peralatan pesawat AWACS itu telah berusia dan USAF tidak “kehilangan apa-apa” dengan menamatkan khidmat pesawat itu.

Tugasan yang selama ini dipikul oleh pesawat E-3 AWACS itu kini dipikul oleh pesawat E-7 Wedgetail.

Mengikut perancangan, USAF juga akan menamatkan khidmat sejumlah 48 buah dron MQ-9 “Reaper”, C-130 daripada varian “H” dan “J” dan 24 buah pesawat pengisi minyak KC-10 antaranya pada tahun depan. — DSA

Apps

DOWNLOAD APPS DEFENCE  SECURITY ASIA

 

Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...