Turkiye Lakukan Pemotongan Besi, Mula Pembinaan Kapal Pengangkut Pesawat Kebangsaan
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Turkiye selain pemotongan besi untuk pembinaan kapal pengangkut pesawat kebangsaan, turut dilakukan proses pemotongan besi di Istanbul Shipyard itu adalah untuk pembinaan kapal-kapal -- MILDEN kapal selam kebangsaan dan TF-2000 kapal destroyer pertahanan udara.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Turkiye secara rasminya telah memulakan pembinaan kapal pengangkut pesawat kebangsaan atau MUGEM (Milli Uçak Gemisi) yang pertama dengan proses pemotongan besi (steel cutting) yang dilakukan di Istanbul Shipyard.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Turkiye selain pemotongan besi untuk pembinaan kapal pengangkut pesawat kebangsaan, turut dilakukan proses pemotongan besi di Istanbul Shipyard itu adalah untuk pembinaan kapal-kapal — MILDEN kapal selam kebangsaan dan TF-2000 kapal destroyer pertahanan udara.
Pembinaan kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu dilaksana menggunakan peralatan multi-dimensi bertujuan meningkatkan kemampuannya untuk mengharungi keadaan perairan dan kelincahannya ketika beroperasi.
Ciri-ciri ini yang diuji degan simulasi akan membolehkan kapal mengharungi perairan dengan keadaan yang berkesan.
Pada Oktober tahun lepas ketika SAHA EXPO 2024 yang berlangsung di Istanbul, rekabentuk kapal pengangkut pesawat kebangsaan bakal dibangunkan oleh Tentera Laut Turkiye telah didedahkan buat pertama kalinya.
Turkiye merancang membina kapal pengangkut pesawatnya yang pertama untuk kegunaan tentera lautnya, dimana saiznya adalah dua kali ganda berbanding kapal perang paling besar dimilikinya ketika ini iaitu TCG Anadolu yang memiliki berat keseluruhan 28,000 dan panjang 230 meter.
Negara Mediterranean itu mula mendedahkan rancangannya untuk membina kapal pengangkut pesawat pada Februari ketika presiden negara itu Recep Tayyep Erdogan melawat Istanbul Shipyard Design Project Office (DPO).
Menurut DPO pada Februari tahun lepas, pembinaan kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu akan dilakukan 100 peratus menerusi tenaga dan kepakaran dalam negara tanpa membabitkan sebarang bantuan daripada negara-negara luar.
Ia hanya membuktikan kemampuan teknologi dalam negara dalam melaksanakan projek-projek tentera laut yang besar.
Status Turkiye sebagai kuasa di rantau Mediterranean akan hanya diperkukuhkan apabila memiliki kapal pengangkut pesawat, walaupun ia hanya dijana oleh kuasa konvensional dan bukan nuklear.
Dengan kapal pengangkut pesawatnya yang pertama itu, Turkiye berkemampunan untuk menonjolkan kuasa ketenteraannya di kawasan dan rantau yang lebih jauh daripada sempadan maritimnya sekaligus mengesahkan lagi statusnya Ankara sebagai kuasa serantau.
Mengikut data daripada pameran SAHA EXPO itu, Turkiye merekabentuk kapal pengangkut pesawat itu secara dalam negara dan bakal menjadi kapal perang terbesar serta terbesar dalam sejarah ketenteraan negara itu.
Mengikut spesifikasinya, kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu akan mempunyai panjang 285 meter, lebar (width) 72 meter manakala beratnya mencecah sehingga 60,000 tan.
Dengan panjang keseluruhan mencecah 285 meter dan berat keseluruhan 60,000 tan telah mengklasifikasikan kapal pengangkut pesawat pertama Turkiye itu bersaiz sederhana, sebagaimana kapal-kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth dan HMS Prince of Wales milik Britain.