Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turkiye Hasilkan Sendiri Enjin Diguna Peluru Berpandunya

Enjin turbojet keluaran syarikat itu, KTJ-3200 akan melengkapkan peluru berpandu kruis, SOM  (Stand-Off Missile) serta peluru berpandu anti-kapal “Atmaca” yang kini mula melengkapi kapal-kapal perang Turki.

0 3,556

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Buat pertama kali, syarikat Turkiye– Kale Group telah mempamerkan enjin turbojet buatannya yang akan digunakan pada dua jenis peluru berpandu yang dibangunkan oleh sebuah lagi syarikat negara itu, Roketsan.

Enjin turbojet keluaran syarikat itu, KTJ-3200 akan melengkapkan peluru berpandu kruis, SOM  (Stand-Off Missile) serta peluru berpandu anti-kapal “Atmaca” yang kini mula melengkapi kapal-kapal perang. 

Peluru berpandu SOM yang bakal digunakan oleh pesawat-pesawat pejuang serta UCAV itu berkemampuan membedil sasaran sejauh 240km.

Enjin
Enjin KTJ-1750 yang akan digunakan pada peluru berpandu “Cakir.”

 

Tahun lepas,Kale Group menandatangani perjanjian pengeluaran secara besar-besar enjin turbojet itu untuk digunakan pada kedua-dua peluru berpandu itu.

Pada pameran SAHA Expo Defense, Aviation and Space Industry Fair, syarikat Kale Group yang berpengalaman selama 10 tahun dalam penghasilan enjin bukan sahaja mempamerkan enjin turbojet KTJ-3200, tetapi juga enjin KTJ-1750.

Enjin KTJ-1750 akan digunakan pada peluru berpandu udara-ke-darat “Cakir” keluaran Roketsan juga.

FA-50
Peluru berpandu SOM (Stand-Off Missile) yang dibangunkan oleh firma Roketsan.

 

Timbalan Pengerusi Kale Group Osman Okyay berkata enjin merupakan komponen paling penting dalam industri pertahanan.

“Kita berjaya mencapai kesemua ini di dalam negara, sama ada menerusi usaha kita sendiri atau bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaan kita atau pihak-pihak di university, “ kata beliau dan menambah, Kale Group bukan sahaja menghasilkan enjin tetapi juga sub-sistem enjin berkenaan.

Pada bulan lepas,pihaknya telah menghantar empat buah enjin kepada pelanggan dan pengeluaran enjin akan dipertingkatkan berkali-ganda bagi memenuhi permintaan pelanggan.

ATMACA
ATMACA

 

Selain enjin turbojet KTJ-3200 dan KTJ-1750, pihak Kale Group turut menghasilkan tiga jenis enjin lain yang diperlukan oleh Turki.

Menurut Okyay lagi, tidak banyak syarikat di dunia yang menghasilkan enjin sama ada untuk pesawat atau industri pertahanan seperti yang digunakan oleh peluru berpandu.

Enjin
Peluru berpandu “Cakir” yang dibangunkan oleh Roketsan.

 

“Hanya beberapa sahaja syarikat seperti kami yang menghasilkan enjin yang tidak tertakluk kepada sekatan,” kata beliau dan menambah, bahawa kira-kira 10 buah negara telah berhubungan dengan Kale Group untuk mengetahui lebih lanjut tentang enjin yang dihasilkan mereka.

Antara negara-negara itu termasuklah negara Barat yang berminat untuk mendapatkan enjin dihasilkan oleh Kale Group.

“Sudah tentu ia adalah sesuatu yang menarik,” katanya, menjelaskan bahawa isu tentang enjin merupakan perkara dimana Turki bergantung kepada Barat,tetapi kini negara-negara Barat mahu mendapatkan enjin-enjin dihasilkan oleh negara Mediterranean itu. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE
Comments
Loading...