Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Turki Temui Lebih Banyak Lapangan Gas Asli Di Laut Hitam

Sejak Ogos tahun lepas, Turki telah menemui lebih daripada separuh trillion cubic meter gas asli bernilai ratusan bilion dolar di Laut Hitam.

0 740

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam detik yang bersejarah, Turki semalam telah menyalakan gas yang ditemuinya daripada lapangan gas di Laut Hitam, yang diharapnya dapat mengurangkan kebergantungannya terhadap import gas asli daripada luar negara.

Sejak Ogos tahun lepas, Turki telah menemui lebih daripada separuh trillion cubic meter gas asli bernilai ratusan bilion dolar di Laut Hitam.

Bulan lepas,  ia mengumumkan telah menemui gas asli sebanyak 135 Billion Cubic Meters (bcm) di kawasan Amasra-1 yang terletak di lapangan Sakarya,menjadikan keseluruhan jumlah gas asli yang ditemuinya di Laut Hitam kepada sebanyak 540bcm.

Tahun lepas, kapal pengerudi (drillship) Turki telah menemui lapangan gas asli terbesar negara kira-kira 170km di Laut Hitam.

“Hari ini kita menyalakan gas daripada lapangan yang kita temui di Laut Hitam dan dimana kita telah mula eksploitasi daripada kedalaman ratusan meter di bawah permukaan air,” kata Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.

Turki

“Dengan penemuan-penemuan gas asli di Laut Hitam, kita akan mengurangkan dengan banyak kebergantungan kita terhadap sumber-sumber gas asli daripada negara luar,”menurut beliau lagi.

Beliau juga berkata, sebelum ini Turki menjalankan penggerudian lapangan-lapangan gas asli dengan rakan kongsi luar tetapi kali ini negara itu mahu melakukan kerja-kerja itu menggunakan kapal sendiri dan kepakaran tempatan.

Menurut Erdogan,Turki telah berjaya mengurangkan kebergantungannya terhadap kepakaran teknikal luar dalam bidang minyak dan gas,yang dibuktikan dengan apa yang dilakukannya pada ketika ini.

Turki mengimport diantara 12 hingga 15 bilion cubic meter (bcm) gas asli setiap tahun yang dianggarkan bernilai US$12 bilion dairpada pelbagai sumber luar.

Turki

Antara negara pengeksport gas asli terbesar ke Turki adalah Russia,Azerbaijan dan Iran yang disalurkan ke Ankara menerusi jaringan paip-paip gas.

Selain pengerudian lapangan-lapangan gas asli di Laut Hitam, Turki turut menghantar kapal-kapal pengerudinya ke Laut Mediterranean untuk mencari lapangan gas asli.

Bagaimanapun,kerapkali cubaannya menghantar kapal-kapal pengerudi di Laut Mediterranean dihalang oleh Greek yang menuduh Ankara menceroboh kawasan perairannya.

Disebabkan gangguan daripada Greek, kehadiran  kapal-kapal pengerudi Turki ditemani oleh kapal-kapal perang dan kapal selamnya, selain dibawah pemantauan pesawat pejuang dan dron-dron.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...