Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas 14 Tahun, TUDM Berjaya Lahirkan Fighter Weapon Instructor (FWI)

Menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan menerusi akaun media sosialnya pada Oktober tahun lepas itu, Fighter Weapon Instructor Course (FWIC) 2022 merupakan program bersama di antara TUDM, Inisiatif Hati Sdn Bhd dan International Test Pilot School (ITPS) Kanada dalam usaha untuk menghasilkan FWI yang berkelayakan di dalam TUDM.

0 3,983

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas 14 tahun, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya melahirkan enam orang Fighter Weapon Instructor (FWI) untuk meneruskan legasi FWI di dalam tentera udara itu menerusi program yang dilaksanakan secara bersama.

Kali terakhir TUDM melahirkan FWI menerusi program kerjasama adalah pada 2008 di mana lima orang FWI berjaya menamatkan kursus terbabit.

Kursus terbabit diteruskan pada 2012 tetapi malangnya peserta hanya dapat menyelesaikan kursus sehingga di fasa darat berikutan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Menurut kenyataan TUDM yang dikeluarkan menerusi akaun media sosialnya pada Oktober tahun lepas itu, Fighter Weapon Instructor Course (FWIC) 2022 merupakan program bersama di antara TUDM, Inisiatif Hati Sdn Bhd dan International Test Pilot School (ITPS) Kanada dalam usaha untuk menghasilkan FWI yang berkelayakan di dalam TUDM.

Seramai enam orang juruterbang TUDM daripada pelbagai skuadron pesawat pejuang berjaya menamatkan FWIC 2022.

TUDM
(TUDM)

 

Selain itu, 22 orang peserta daripada skuadron termasuk pengangkut, helikopter dan pertahanan udara turut berjaya menamatkan program FWI fasa darat.

Panglima TUDM Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan dalam ucapannya berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian juruterbang elit TUDM yang dipilih daripada pelbagai skuadron pesawat pejuang dan menamatkan kursus terbabit dan seterusnya melayakkan mereka untuk menjadi FWI di dalam TUDM.

“Objektif utama program adalah untuk meluaskan dan menguji skill, pengetahuan dan sikap para peserta ke tahap paling maksimum mengenai pembangunan taktikal, teknik instructor, kecekapan teras juruterbang dan skill kepimpinan.”

Su-30MKM
Pesawat Su-30MKM TUDM (Gambar kredit TUDM)

 

“Program ini berusaha untuk melahirkan Fighter Weapon Instructor yang berkelayakan yang boleh membangunkan skill analitik dan pemikiran kritis mereka dan seterusnya berkemampuan untuk menasihatkan pihak pengurusan kanan tentang perkara-perkara berkenaan dasar dan keputusan taktikal berkaitan dengan ketumbukan angkatan.

Sepanjang tempoh lima bulan, peserta Fighter Weapon Instructor TUDM telah didedahkan dengan latihan keperluan latihan yang ekstensif termasuk operasi penerbangan taktikal yang asas seperti — Basic Fighter Manoeuvre (BFM), Air Combat Manoeuvre (ACM) dan menguruskan misi-misi yang kompleks membabitkan Large Force Employment (LFE) melibatkan pelbagai pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter serta aset-aset pertahanan udara.

Pelajar terbaik untuk Fighter Weapons Instructor Course 2022 adalah Mejar Muhd Faizal bin Ab Rahim TUDM yang merupakan seorang juruterbang berpengalaman pesawat pejuang F/A-18C/D Hornet serta pemeriksa untuk skuadron terbabit. — DSA

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Comments
Loading...