Ketidaktentuan Lanskap Keselamatan Serantau Perlu Dihadapi Dgn Aset Canggih, Terkini
Keupayaan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengekalkan tempo pengoperasiannya, walaupun berhadapan dengan masalah aset-aset yang semakin usang, adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Lanskap keselamatan serantau yang tidak menentu, cabaran dan tanggungjawab yang semakin besar hanya boleh dihadapi dengan kehadiran aset-aset baru yang canggih dan terkini, menurut Markas Pemerintahan Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Dalam satu kenyataan menerusi media sosial hari ini berkata, ia berkata keupayaan kapal-kapal TLDM mengekalkan tempo pengoperasiannya adalah satu pencapaian yang harus dibanggakan.
“Pengurusan kapal-kapal yang semakin usang memerlukan sumber yang besar untuk memenuhi keperluan operasi dan latihan yang semakin meningkat selain kos selenggaraan yang tinggi,” menurut kenyataan itu.
TLDM menurutnya sentiasa komited dalam peningkatan kesiagaan dan kompetensi warganya dengan mempergiatkan latihan seperti Operational Sea Training Exercise (OSTEX) WEST 2/23 yang turut menjadi serampang dua mata sebagai aktiviti “show of presence” aset maritim di perairan Selat Melaka.
“Walau bagaimanapun, cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang eksesais berlangsung tentunya adalah mengoperasikan aset-aset yang semakin berusia.”
Armada Barat TLDM melaksanakan OSTEX West Siri 2 Tahun 2023 mulai 29 Mei hingga 7 Jun 2023.
OSTEX WEST 2/23 bermula Fasa Pelabuhan pada 29 dan 30 Mei di Markas Wilayah Laut 3, Pulau Langkawi merangkumi Taklimat Eksesais, Majlis Perasmian, Piala OSTEX WEST dan mesyuarat penyelarasan operasi kapal yang mengambil bahagian.
Manakala, Fasa Laut dilaksanakan di perairan Selat Melaka melibatkan sembilan aset permukaan iaitu KD MAHAWANGSA, KD LEKIU, KD TERENGGANU, KD SRI INDERA SAKTI, KD JEBAT, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD MAHAMIRU, KD LEKIR dan KTD PENYU serta sebuah kapal selam, KD TUNKU ABDUL RAHMAN.
Selain itu, ianya turut menampilkan penglibatan pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW 139, Super Lynx dan Fennec, Pesawat Pejuang F/A-18 dari TUDM serta Fast Combat Boat TLDM sebagai aset sokongan.
Pelbagai siri latihan dilaksanakan dengan memfokuskan terhadap peningkatan kompetensi dari aspek people, platform, process (3P) dan menilai keupayaan Armada Barat dalam melaksanakan peperangan maritim.
Keupayaan peperangan empat dimensi TLDM telah diuji melalui pelaksanaan Air Defence Exercise (ADEX), Surface Target Firing Exercise (SUFX), Surface Towed Target Firing Exercise (SUTFX), Anti-Air Rapid Open Fire Exercise (AAROFX), Combine Anti-Submarine Exercise (CASEX), Deck Landing Training (DLT), Winching Exercise (WINCHEX), Light Jackstay & Heaving Line Transfer, Boarding Exercise (BOARDEX), Landing Exercise (LANDEX), Electronic Warfare Exercise (EWX) dan Photo Exercise (PHOTEX).
Semasa Fasa Penutup di Lumut, pelaksanaan dan inisiatif yang mendorong kepada peningkatan kesiagaan Armada Barat dapat dirumuskan melalui penemuan serta penilaian sepanjang eksesais berlangsung semasa Post Exercise Debrief (PXD). — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]
Comments are closed.