Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Thailand Sedia Batal Perjanjian Beli Kapal Selam Dari China Sekiranya…………

Perdana Menteri Thailand itu mahukan kapal selam pertama negara itu yang dibeli daripada China itu dipasang dengan enjin buatan syarikat Jerman, MTU Friedrichshafen GmbH sebagaimana dipersetujui dalam kontrak pembelian.

0 2,743

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha memberi amaran keras bahawa beliau akan membatalkan pembelian kapal selam daripada China sekiranya Beijing gagal mematuhi syarat di dalam kontrak itu terutamanya melibatkan enjin kapal selam.

Prayut mahukan kapal selam pertama Thailand yang dibeli daripada China itu dipasang dengan enjin buatan syarikat Jerman, MTU Friedrichshafen GmbH sebagaimana dipersetujui dalam kontrak pembelian.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan mengarahkan Tentera Laut Thailand supaya berusaha yang terbaik tetapi sekiranya Beijing tetap gagal mematuhi kontrak,  maka negara Asia Tenggara itu bersedia untuk membatalkan pembelian kapal selam itu daripada China.

Kapal Selam

“Apa yang kita hendak lakukan dengan sebuah kapal selam yang tidak mempunyai enjin?”

“Sekiranya perjanjian tidak dapat dipenuhi, kita perlu memikirkan sesuatu untuk menyelesaikannya. Bukankah itu caranya untuk kita menyelesaikan masalah itu,” katanya kepada pemberita di Bangkok baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa sekiranya Thailand membatalkan pembelian kapal selam kelas-Yuan “S-26T” daripada China, ia tidak akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Thailand itu berkata, kedua-dua pihak berusaha keras untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi berkenaan enjin kapal selam pertama Thailand itu.

Kapal Selam

Thailand menandatangani perjanjian pembelian sebuah kapal selam daripada China pada 2017 pertama  dan negara itu dijangka menerima kapal selam yang dilengkapi dengan enjin buatan Jerman itu pada tahun 2024,

Bagaimanapun masalah timbul disebabkan sekatan ekonomi oleh Kesatuan Eropah (EU) terhadap China yang menyaksikan Beijing dilarang sama sekali daripada menggunakan sebarang alatan atau komponen ketenteraan diperbuat oleh negara-negara EU.

Sebab itulah syarikat China Shipbuilding and Offshore International Co (CSOC)  yang sedang membina kapal selam pertama Thailand itu gagal mendapatkan enjin diesel buatan Jerman, sekaligus menyebabkan terjadinya kemelut enjin kapal selam di antara kedua-dua negara ketika ini.

Kapal Selam
Enjin kapal selam.

 

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

CSOC menyatakan bahawa enjin diesel kapal selam buatan China, “MWM 620” adalah sama standard dan keupayaan dengan enjin diesel “MTU 396” yang dibuat oleh firma Jerman,  MTU Friedrichshafen GmbH.

Oleh itu CSOC mahu menggantikan enjin buatan MTU sebagaimana dipersetujui dalam kontrak dengan enjin buatan tempatan tetapi ditolak oleh Thailand.

“Kami tidak mempercayai enjin lain, (kami hanya percaya) enjin buatan Jerman,” menurut satu sumber Tentera Laut Thailand kepada Bangkok Post. — DSA

Comments
Loading...