Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tentera Russia “Tawan” Kereta Kebal Leopard 2A6, Bawa Balik Ke Moscow Untuk “Kajian”

Menurut sumber tentera Russia,  usaha membawa keluar kereta kebal Leopard 2A6 daripada kawasan pertempuran di Avdiivka itu berhadapan dengan risiko tinggi kerana ia terletak di kawasan pertempuran yang aktif.

0 6,460

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Russia telah berjaya menawan kereta kebal paling berkuasa dimiliki oleh Ukraine iaitu kereta kebal Leopard 2A6 buatan Jerman selepas pertempuran sengit di Avdiivka,Ukraine beberapa hari lalu.

Pada ketika ini, tentera Ukraine dipercayai memiliki 21 buah kereta kebal Leopard 2A6 dengan 18 buah daripada kereta kebal yang dibangunkan oleh syarikat Krauss-Maffei Wegmann dan Rheinmetall itu didermakan oleh Jerman manakala selebihnya pula di berikan oleh Portugal.

Bagaimanapun, kebanyakkan daripada kereta kebal Leopard 2A6 yang didermakan kepada tentera Ukraine itu tidak dapat digunakan selepas ia gagal diselenggara dengan  baik dan kekal tersadai di bengkel, sebagaimana didakwa oleh ahli politik kanan Jerman Januari lalu.

Ahli politik Jerman itu, Sebastian Schafer itu berkata bahawa pusat penyelenggaraan kereta kebal Leopard 2A6 yang terletak di Lithuania itu tidak dilengkapi dengan alat ganti yang diperlukan untuk menyelenggara kereta kebal itu.

Menurut sumber tentera Russia, selepas berjaya menawan dan membawa keluar kereta kebal itu daripada kawasan pertempuran, tentera Russia telah mengangkut kereta kebal dan menghantarnya ke Moscow berkemungkinan untuk tujuan penyelidikan.

Leopard
Kereta kebal Leopard 2A6 milik Ukraine yang berjaya ditawan oleh tentera Russia diangkut kenderaan untuk dihantar ke Moscow.

 

Selepas selesai kerja-kerja penyelidikan oleh pakar persenjataan Russia, kereta kebal Leopard 2A6 yang berjaya ditawan itu berkemungkinan akan dipamerkan di Patriot Park di Moscow untuk tontonan ramai sebagaimana senjata-senjata Barat lain yang berjaya ditawan oleh tentera Russia.

Di Patriot Park, tentera Russia turut mempamerkan kereta perisai M2 Bradley dan Marder 1A3.

Ia merupakan kereta kebal Leopard 2A6 yang didermakan oleh Jerman kepada Ukraine berjaya ditawan oleh tentera Russia.

Daripada keadaan luarannya, kereta kebal tercanggih milik Ukraine itu masih berada di dalam keadaan yang baik.

Menurut sumber tentera Russia,  usaha membawa keluar kereta kebal Leopard 2A6 daripada kawasan pertempuran di Avdiivka itu berhadapan dengan risiko tinggi kerana ia terletak di kawasan pertempuran yang aktif.

Tentera Russia juga bercadang membawa keluar salah satu daripada lima buah kereta kebal M1 Abrams yang musnah dalam pertempuran untuk dihantar ke Moscow dan akhirnya menjadi bahan pameran di Patriot Park di Moscow.

Leopard
Kereta kebal Leopard 2A6 berjaya ditawan tentera Russia.

 

Kereta kebal Challenger 2 buatan Britain juga akan dipamerkan di Patriot Park.

Menurut sumber tentera Russia, kereta kebal Leopard 2A6 itu berjaya ditawan selepas platun tentera Russia berjaya melaksanakan serangan hendap sehingga menyebabkan krew kereta kebal Ukraine itu meninggalkan kereta kebal buatan Jerman itu.

Kereta kebal Leopard 2A6 merupakan peningkatan daripada kereta kebal Leopard 2A5.

Peningkatan itu melibatkan perlindungan armor,daya tembakan dan kemampuan peperangan elektronik.

Panjang keseluruhan kereta kebal itu adalah 9.97 meter manakala beratnya pula mencecah 62.3 tan, menjadikannya antara kereta kebal utama yang paling berat pernah beroperasi, manakala kuasa enjinnya adalah 1,500 kuasa kuda.

Leopard

Kereta kebal itu berkemampuan dipandu selaju 75 km sejam manakala radius operasinya adalah 500km.

Ia dilengkapi dengan meriam Rheinmetall 120 mm L/55 bagi membolehkannya menembak kesemua jenis peluru mengikut standard NATO termasuk APFSDS, HEAT dan peluru meriam pelbagai guna.

Kereta kebal Leopard 2A6 itu juga dilengkapi dengan dua laras 7.62 mm MG3A1 mesingan, selain dilengkapi dengan sistem d fire control termasuk laser rangefinder, thermal imaging dan  ballistic computer — DSA. 

Iklan

Comments
Loading...