Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tanpa C4ISR, Peluru Berpandu BrahMos Milik Filipina Hanya “Simbol, Tanpa Kegunaan Operasional”

Dipetik dalam media tempatan India “The Print” baru-baru ini, Ashley Tellis yang juga merupakan felo kanan di Carnegie Endowment for International Peace berkata, tanpa C4ISR (Command, Control, Communications, computer (C4), intelligence, surveillance and reconnaissance (ISR)), Manila tidak dapat menggunakan peluru berpandu BrahMos dengan berkesan.

0 6,171

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Seorang bekas penasihat Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan bahawa peluru berpandu BrahMos diperolehi oleh Filipina tidak mempunyai banyak kegunaan daripada segi operasional kepada angkatan tentera negara Asia Tenggara itu.

Sebagaimana dipetik dalam media tempatan India “The Print” baru-baru ini, Ashley Tellis yang juga merupakan felo kanan di Carnegie Endowment for International Peace berkata, tanpa C4ISR (Command, Control, Communications, computer (C4), intelligence, surveillance and reconnaissance (ISR)), Manila tidak dapat menggunakan peluru berpandu BrahMos dengan berkesan.

Namun pada masa yang sama, beliau berkata bahawa peluru berpandu BrahMos itu adalah suatu sumbangan yang baik untuk pertahanan Filipina.

“Penjualan peluru berpandu BrahMos adalah sumbangan yang baik kepada keselamatan Filipina, tetapi negara itu masih belum cukup lengkap untuk memulakan pengoperasiannya.”

“Filipina masih belum mempunyai kemampuan C4ISR untuk menggunakan peluru berpandu BrahMos dengan ‘berkesan’,” kata beliau.

Tanpa kemampuan C4ISR, pemilikan peluru berpandu BrahMos itu adalah suatu “simbol yang baik tetapi ia tidak akan memberikan banyak kegunaan daripada segi operasional.”

BrahMos
“BrahMos”

 

Namun beliau berkata, Amerika Syarikat boleh memberi bantuan kepada Angkatan Tentera Filipina dalam meningkatkan lagi kemampuannya di dalam aspek C4ISR.

Filipina muncul sebagai pelanggan eksport pertama peluru berpandu BrahMos itu apabila ia menganugerahkan kontrak pembelian sistem peluru berpandu itu yang dianggarkan bernilai US$375 juta (RM1.8 billion) kepada syarikat  BrahMos Aerospace Private Ltd yang membangunkan sistem itu pada Januari 2022.

Pada April lepas, negara Asia Tenggara itu mula menerima peluru berpandu BrahMos yang pertama daripada India.

Pembelian peluru berpandu BrahMos oleh Filipina daripada India itu termasuk pakej lojistik dan latihan anggota tentera Filipina.

Sistem peluru berpandu BrahMos merupakan usahasama di antara Defence Research and Development Organisation (DRDO) daripada India dan NPO Mashinostreyenia (NPOM) daripada Russia.

Filipina memperolehi varian sistem peluru berpandu “BrahMos” lancaran pesisir pantai yang mempunyai jarak effektif kira-kira 300km dengan kelajuan supersonik 2.8 Mach.

BrahMos
“BrahMos”

 

Peluru berpandu BrahMos itu membawa kira-kira 200kg bahan peledak berkuasa tinggi.

Peluru berpandu itu merupakan peluru berpandu kruis jarak sederhana yang menggunakan teknologi ramjet yang boleh dilancarkan daripada pelbagai platform sama ada udara, kapal, kapal selam serta kawasan pesisir pantai.

Filipina merupakan pelanggan luar pertama memperolehi sistem peluru berpandu “BrahMos” hasil usahasama India dan Russia dalam varian lancaran darat, yang bakal ditempatkan di beberapa lokasi strategik negara itu di Laut China Selatan atau dipanggil Laut Filipina Barat (West Philippine Sea) oleh Manila.

Tiga bateri sistem peluru berpandu “BrahMos” yang diperolehi oleh Filipina itu akan dioperasikan oleh Kor Marin negara itu.

Setiap sistem peluru berpandu BrahMos itu terdiri daripada dua pelancar, sebuah radar dan pusat kawalan serta pemerintahan.

Dua buah peluru berpandu boleh dilancar dalam tempoh 10 saat sama ada daripada kapal selam, kapal perang, pesawat pejuang dan sistem lancaran darat. 

BrahMos
Sistem peluru berpandu “BrahMos” pertama milik Filipina dihantar oleh pesawat pengangkut India. (kredit ANI)

 

Filipina mahu menggunakan sistem peluru berpandu BrahMos itu untuk mencegah mana-mana “pihak luar” daripada sebarang cubaan merampas, menduduki pulau atau terumbu-terumbu karang yang berada dalam kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusifnya (ZEE) di barat Laut China Selatan atau dipanggil Manila sebagai West Philippine Sea (Laut Filipina Barat).  

Dengan peluru berpandu BrahMos, mana-mana kapal-kapal tentera laut atau pengawal pantai negara asing perlu “berfikir dua kali” sebelum menghampiri mana-mana pulau atau terumbu karang Filipina di dalam kawasan perairan ZEE Filipina.

Dimanakah Filipina akan tempatkan peluru berpandu “BrahMos” ini?

 Laporan daripada Filipina sebelum ini menyatakan bahawa antara lokasi penempatan sistem peluru berpandu BrahMos yang sedang dipertimbangkan oleh Filipina adalah di Basco di Pulau Batan di Bashi Channel, San Felipe di Zambales,  Culion dan Tagbita di Pulau Palawan.

Dengan radius operasi peluru berpandu BrahMos yang bakal dimiliki oleh Filipina adalah sejauh 300km dan jika benar sistem peluru berpandu itu diletakkan di Tagbita di Pulau Palawan, maka ia akan meletakkan salah satu pangkalan tentera China di Kepulauan Spratly iaitu Mischief Reef dalam kawasan sasarannya peluru berpandu itu.

BrahMos
Kemungkinan lokasi-lokasi penempatan sistem peluru berpandu pesisir pantai “BrahMos.”

 

China telah menambak Mischief Reef, yang asalnya adalah terumbu karang dan menjadikannya sebuah pulau buatan manusia.

Selain Subi Reef dan Fiery Cross,  Mischief Reef adalah pangkalan tentera utama China di Kepulauan Spratly.  — DSA  

 

Comments
Loading...