Tanah Milik TMJ Di S’pura Bernilai US$4.5 Bilion (RM18.4 Bilion) Bakal Dibangun – Bloomberg
Mengapa plot tanah menempatkan istana lama dipanggil "Istana Woodneuk" itu menarik perhatian – ia adalah kerana pemiliknya dikataka Tunku Mahkota Johor, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg hari ini.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Satu plot tanah di tengah-tengah kotaraya Singapura yang menempatkan sebuah istana lama dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem, “Crazy Rich Asians” dikatakan bakal dibangunkan menjadi kawasan perumahan mewah, menurut beberapa individu yang rapat dengan pelan untuk membangunkannya.
Mengapa plot tanah menempatkan istana lama dipanggil “Istana Woodneuk” itu menarik perhatian – ia adalah kerana pemiliknya dikataka Tunku Mahkota Johor, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita kewangan antarabangsa, Bloomberg hari ini.
Menurut Bloomberg lagi, wakil-wakil Tunku Mahkota Johor sedang bercakap dengan pihak berkuasa tempatan untuk kelulusan membangunkan kluster rumah-rumah mewah di sebuah kawasan hutan yang terletak bersebelahan dengan Taman Botani republik itu, yang tersenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
Agensi berita itu berkata, dengan saiznya yang kira-kira 30 kali ganda keluasan Rumah Putih, projek terbabit bakal muncul sebagai di antara projek pembangunan oleh pihak swasta yang paling mahal di Singapura.
Kos pembangunan projek hartanah itu dijangka mencecah US$4.5 bilion (RM18.4 bilion), menurut jangkaan oleh firma, Savills pls,sebagaimana dilaporkan oleh Bloomberg.
Savills merupakan firma perkhidmatan hartanah antarabangsa yang turut disenaraikan di London Stock Exchange.
Menurut agensi berita itu lagi, sekiranya rumah-rumah mewah itu dibina yang terletak tidak jauh daripada kawasan membeli-belah terkenal Singapura “Orchard Road”, ia bakal menarik pembeli daripada golongan-golongan “Ultra-Kaya” (Super Rich) dirantau ini yang dikatakan telah meningkatkan pembelian rumah kedua mereka di republik itu ketika era pandemik ini.
Pada ketika ini, kawasan yang belum dibangunkan itu telah di-zonkan sebagai “kawasan kegunaan hijau” yang bermaksud bahawa pembangunan untuk tujuan-tujuan lain seperti rumah atau komersial adalah terhad.
Menurut beberapa individu yang dipetik oleh Bloomberg berkata, rundingan tentang cadangan pembangunan itu telah bermula sejak tahun lepas tetapi tiada kata putus diambil.
Menurut agensi berita itu lagi, pada saiz 210,875 meter persegi (2.3 juta kaki persegi), plot tanah milik Sultan Johor itu pada mulanya lebih luas tetapi kerajaan Singapura mengambilnya bertujuan untuk membesarkan lagi Taman Botani itu.
Bloomberg mengatakan plot tanah milik keluarga diraja Johor itu terletak di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai “Tyersall Park” dan di mana didalamnya terdapat sebuah istana lama dinamakan “Istana Woodneuk”.
Ia juga berkata bahawa nilai plot tanah adalah di antara US$2.66 bilion hingga US$4.5 bilion berdasarkan kepada anggaran nilai semasa saiz tanahnya serta apa yang dikatakan “planning parameters” tidak termasuk kos pembangunan, menurut pengarah eksekutif penyelidikan di Savills Singapore, Alan Cheong.
Bloomberg juga berkata beberapa banglo yang terletak berhampiran dengan plot tanah itu dianggarkan bernilai di antara US$20 juta hingga US$30 juta sebuah pada masa ini.
Comments are closed.