Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Taiwan Lancar Korvet “Pembunuh” Kapal Pengangkut Pesawat

Kapal-kapal korvet peluru berpandu kelas-Tuo Chiang itu dilengkapi dengan sistem pertahanan udara “Sea Sword II”, peluru berpandu anti-kapal “Hsiung Feng III” dan peluru berpandu anti-kapal “Hsiung Feng II”, yang membuatkannya dinamakan “pembunuh kapal pengangkut pesawat.”

0 1,090

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Tentera Laut Taiwan telah melancarkan kapal korvet peluru berpandu kelas-Tuo Chiang kelima miliknya, yang juga dikenali sebagai “pembunuh” kepada kapal-kapal pengangkut pesawat milik musuhnya, China.

Kapal korvet peluru berpandu kelas-Tuo Chiang yang kelima itu dinamakan “An Chiang” telah dibina oleh Lungteh Shipbuilding.

Kementerian Pertahanan Taiwan memesan 11 buah kapal korvet peluru berpandu kelas-Tuo Chiang yang bakal diperolehi kesemuanya pada tahun 2026, berikutan peningkatan ancaman ketenteraan daripada China.

Kapal-kapal korvet peluru berpandu itu dilengkapi dengan sistem pertahanan udara “Sea Sword II”, peluru berpandu anti-kapal “Hsiung Feng III” dan peluru berpandu anti-kapal “Hsiung Feng II”, yang membuatkannya dinamakan “pembunuh kapal pengangkut pesawat.”

Selain itu, kapal-kapal korvet kelas-Tuo Chiang itu juga dilengkapi dengan meriam 76mm.

Taiwan

 

Kapal pertama pertama kelas-Tuo Chiang yang pertama telah dilancarkan pada tahun 2020.

Peluru berpandu “Hsiung Feng III direkabentuk nntuk menyerang sasaran-sasaran darat dan laut.

Apabila digandingkan dengan sistem Global Positioning System (GPS), peluru berpandu Hsiung Feng itu boleh mengubah penerbangannya bagi mengelak dipintas dan seterusnya membedil sasaran dengan kadar ketepatan yang amat tinggi . (circular error probable -CEP- hanya 15 meter)

Sistem peluru berpandu yang dibangunkan oleh National Chung-Shan Institute of Science and Technology itu adalah platform darat dan menggunakan solid fuel-booster dan enjin liquid-fuel turbojet.

Dibangunkan pada awal tahun 2001, peluru berpandu Hsiung Feng yang digeruni oleh tentera China itu memberikan tentera Taiwan keupayaan untuk melakukan serangan  tentera laut dan juga membedil sasaran-sasaran yang terletak jauh di dalam wilayah jirannya itu dengan kadar ketepatan yang tinggi.

Taiwan
Peluru berpandu Hsiung-Feng III

 

Selain itu, Taiwan turut telah membangunkan varian peluru berpandu kruis “Hsiung Feng IIIE” yang menyerupai “Tomahawk” yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat.

Dengan jarak effektif peluru berpandu kruis itu yang lebih daripada 600km, ia mampu membedil bandar-bandar besar China yang menjadi pusat ekonomi bagi Beijing seperti Shanghai,Guangzhou dan Hong Kong.

Malah peluru berpandu Hsiung Feng IIE itu juga tidak mempunyai masalah untuk membedil Empangan Three Gorges.

Varian awal peluru berpandu itu sememangnya memiliki jarak 600km, tetapi selepas itu pihak tentera pulau itu dengan pihak institut telah membangunkan varian-varian lain yang membolehkan peluru berpandu Hsiung Feng IIE itu membedil sasaran sejauh 1,200km.

Media-media tempatan Taiwan mendakwa peluru berpandu Hsiung Feng IIE dengan jarak effektif sejauh 1,200km itu telah mula dibangunkan pada 2018 dengan produksi awal adalah sebanyak 100 butir peluru berpandu bernilai US$400 juta (RM1.6 bilion).

Selain bandar-bandar besar, sasaran utama peluru berpandu kruis Taiwan itu sebenarnya adalah kemudahan-kemudahan tentera China seperti penempatan radar, sistem elektronik, pangkalan udara, tentera darat dan laut yang digunakan oleh Beijing untuk menyerang pulau itu sekiranya konflik bersenjata terjadi di Selat Taiwan itu. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

 

Comments
Loading...