Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Tahap Kesiagaan TLDM Tahun Lepas Pada 56.52 Peratus, Di Bawah Sasaran – Panglima

Walaupun begitu Tentera Laut Diraja Malaysia telah berjaya melaksanakan sebanyak 615 jumlah siri operasi melibatkan enam operasi berterusan secara 24/7 dan tiga operasi berkala.

0 2,408
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Tahap kesiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 2024 masih berada di bawah sasaran iaitu pada 56.52 peratus berbanding sasaran pada 75 peratus, menurut Panglima TLDM Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Bercakap dalam Perutusan Tahun Baharu 2025 hari ini, beliau berkata, walaupun begitu TLDM telah berjaya melaksanakan sebanyak 615 jumlah siri operasi melibatkan enam operasi berterusan secara 24/7 dan tiga operasi berkala.
“Sedikit imbasan tahun 2024, Tahap Kesiagaan Tentera Laut Diraja Malaysia masih berada di bawah sasaran iaitu 56.52 peratus berbanding sasaran 75 peratus namun TLDM telah berjaya melaksanakan sebanyak 615 jumlah siri operasi melibatkan enam operasi berterusan secara 24/7 dan tiga operasi berkala dengan memastikan kehadiran aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia di Kawasan Operasi Maritim (KOM) sebilang masa.”
“Pencapaian ini membuktikan Armada Tentera Laut Diraja Malaysia sentiasa siap siaga dan mampu memenuhi setiap tugasan yang telah diamanahkan,” kata beliau.
Mengenai aspek pengurusan kewangan pula, TLDM menurutnya, telah berjaya membelanjakan 100 peratus peruntukan yang diterima sebanyak iaitu RM 1.676 bilion.
Untuk tahun ini katanya,  TLDM telah diperuntukkan sebanyak RM 1.761 bilion bagi Belanja Mengurus (OE) dengan peningkatan sebanyak RM 84.93 3 juta.
TLDM
Panglima TLDM Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Mengenai pelan pembangunan pula, beliau berkata projek Littoral Combat Ship (LCS) kini sedang giat dilaksanakan mengikut perancangan yang disusun semula dan dijangka menerima kapal pertama daripada lima buah yang sedang dibina pada penghujung tahun 2026.
Selain itu kata Panglima TLDM,  kerajaan Malaysia juga telah menganugerahkan kontrak perolehan tiga buah Littoral Mission Ship Batch Kedua (LMSB2) kepada syarikat Savunma Teknolojileri Mühendislik (STM) pada 7 Jun 2024.
Projek yang dijangka mengambil masa selama 40 bulan ini berjalan dengan lancar serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan, menurutnya.
“Alhamdullilah, upacara First Steel Cutting juga telah dilaksanakan di Istanbul, Turkiye pada 4 Disember 2024 yang lalu.”
TLDM katanya,  juga sedang giat melaksanakan projek perolehan 13 buah Fast Interceptor Craft (FIC) sebagai force multipliers.
Perolehan FIC ini menurut beliau, dilaksanakan dalam tiga fasa dan sebanyak empat buah FIC Fasa Pertama telah dilaksanakan penerimaan pada 2 Februari 2024 yang kini ditempatkan di Markas Pemerintahan Armada Timur.
LCS
Kapal LCS pertama “Maharaja Lela”
“Bagi pembangunan MAWILLA 4, perbincangan dan rundingan lanjut masih dilaksanakan antara Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sarawak bagi menyelesaikan beberapa isu yang masih lagi belum dimuktamadkan.”
“Tentera Laut Diraja Malaysia berharap agar proses ini dapat disegerakan demi memastikan pembangunan MAWILLA 4 dapat direalisasikan dalam tempoh yang ditetapkan,” menurut beliau.
Bagi menghadapi tahun 2025, Panglima TLDM menyeru setiap warga the Navy People untuk terus memberi keutamaan terhadap Empat Teras Utama.
Empat Teras Utama itu adalah –(1) Memastikan Kesiagaan Armada Sebagai Fokus Utama. (2) Memperkasa Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to5 (Platform). (3) Mengukuhkan Integrasi dan Sinergi Antara Angkatan serta Jointness. (4) Memperkasa Pengurusan Sumber Manusia.
FIC G2000 MKII
(TLDM)
Beliau juga mengingatkan semua Panglima-panglima dan Pegawai-pegawai Memerintah agar sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif dalam menghindari kecelakaan atau kecuaian yang boleh menjejaskan kesiagaan aset dan menyebabkan kerugian kepada kerajaan.
“Langkah-langkah ini lapan merangkumi pematuhan kepada Standard Operating Procedure (SOP), pelaksanaan latihan secara berterusan dan pelaksanaan Audit Tidak Terjangka (ATT) dari semasa ke semasa,” kata Panglima TLDM itu.
— DEFENCE SECURITY ASIA
Leave A Reply

Your email address will not be published.