Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Status Kemajuan Semasa LCS Pertama “Maharaja Lela” 70.10 Peratus, Terlewat 0.59 Peratus

Walaubagaimanapun, status kemajuan semasa yang sepatutnya dicapai oleh kapal LCS pertama negara itu mengikut perancangan asal adalah 70.69 peratus, terlewat kira-kira 0.59 peratus.

0 1,054
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Status kemajuan semasa kapal Littoral Combat Ship (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pertama “Maharaja Lela” sehingga 25 Oktober lepas adalah 70.10 peratus.
Walaubagaimanapun, status kemajuan semasa yang sepatutnya dicapai oleh kapal LCS pertama negara itu mengikut perancangan asal adalah 70.69 peratus, terlewat kira-kira 0.59 peratus.
Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, status kemajuan semasa kapal LCS yang sedang dibina itu merangkumi beberapa elemen seperti reka bentuk, proses pembinaan, peralatan dan ujian.
“Berdasarkan perancangan perbatuan (milestones) terkandung dalam kontrak yang ditandatangani, fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama akan dapat disiapkan pada hujung tahun ini sebelum ia menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) oleh TLDM untuk tempoh dua tahun.
“Bagi kapal LCS kedua, ia akan turun ke permukaan air pada 2025 sebelum menjalani ujian HAT dan SAT,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang ingin tahu jangkaan garis waktu (timeline) kapal LCS pertama akan mula menjalani ujian pengoperasian dan jangkaan kapal kedua akan turun ke permukaan air.
LCS
Lakaran grafik apabila kapal LCS siap dibina.

Ringkasan Artikel:

Kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), “Maharaja Lela,” mencatatkan kemajuan pembinaan sebanyak 70.10% sehingga 25 Oktober 2024, sedikit di bawah perancangan asal sebanyak 70.69%. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, memaklumkan bahawa kapal tersebut dijangka disiapkan menjelang hujung tahun ini sebelum menjalani ujian Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) untuk tempoh dua tahun. Kapal kedua pula dijangka siap dan turun ke air pada 2025.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengesahkan bahawa kapal pertama akan diserahkan kepada TLDM pada Ogos 2026, manakala kemajuan kapal kedua, ketiga, keempat, dan kelima masing-masing berada pada tahap 64.66%, 56.48%, 51.10%, dan 42.33%.

Proses pembinaan diselia secara ketat oleh pasukan projek LCS dengan mesyuarat berkala bersama pembina kapal, Lumut Naval Shipyard (LUNAS). Baru-baru ini, kapal “Maharaja Lela” berjaya melalui fasa kritikal “UpSlip,” yang merangkumi pemeriksaan dan penambahbaikan sistem untuk memastikan pematuhan piawaian pembinaan. Ujian pelabuhan (HAT) dijangka dilaksanakan selepas fasa ini selesai. Projek ini diharapkan dapat diserahkan mengikut jadual secara berperingkat mulai 2026.

Menurut Adly Kementerian Pertahanan sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan memantau secara teliti pelaksanaan projek LCS.
Pasukan projek LCS  yang terlibat di limbungan katanya sentiasa memantau tapak dan mengadakan mesyuarat secara mingguan atau bulanan dengan pihak yang membina kapal LCS terbabit, Lumut Naval Shipyard (LUNAS).
Baru-baru ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mengikut perancangan kapal LCS yang pertama akan diserahkan kepada pihak TLDM pada bulan Ogos 2026.
Menurutnya, kapal LCS pertama itu akan melaksanakan Harbour Acceptance Trial (ujian pelabuhan) pada Disember ini dan selepas semua perkakas dipasang, maka akan dilakukan Sea Acceptance Test  (ujian di laut).
Bagi kapal LCS kedua, status kemajuan pembinaannya sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Pertahanan pada Jun lalu telah pun mencapai 64.66 peratus, LCS ketiga pula berada pada tahap 56.48 peratus, manakala LCS keempat pada tahap 51.10 peratus, dan kapal LCS kelima pada tahap 42.33 peratus.
Kementerian Pertahanan katanya menaruh keyakinan bahawa projek pembinaan lima kapal LCS itu dapat diserahkan kepada TLDM mengikut tempoh masa yang telah dirancangkan secara berperingkat mulai Ogos 2026. 

LCS

Pada pertengahan bulan lepas, LUNAS menerusi posting media sosialnya memaklumkan bahawa kapal LCS yang pertama (leadship) “Maharaja Lela” , telah selesai menjalani ujian “Upslip” yang kritikal dalam proses pembinaannya.
Proses “UpSlip” merupakan fasa kritikal dalam pembinaan kapal, melibatkan pemeriksaan terperinci serta penambahbaikan terhadap sistem, komponen, dan fungsinya.
Menurut LUNAS, “UpSlip” merupakan fasa penting bagi memastikan semua sistem atas kapal, komponen struktur dan fungsi penting melalui pemeriksaan serta penambahbaikan yang teliti untuk memenuhi piawaian pembinaan.
“Ia juga adalah untuk proses pematuhan dengan spesifikasi reka bentuk, sekali gus membawa kapal selangkah lebih dekat ke fasa seterusnya dalam proses ‘set-to-work’ dan ujian kelak.
Tujuannya adalah untuk memastikan kapal tersebut memenuhi piawaian pembinaan dan spesifikasi reka bentuk yang ditetapkan.
Dengan selesainya proses “UpSlip” itu,  Ujian Pelabuhan (Harbour Acceptance Trial) dijangka dilaksanakan oleh TLDM. — DSA

 

Comments
Loading...