Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Sistem Pertahanan Udara “BUK-M3 Viking” Mampu Kesan, Musnah F-35 dan F-22 Raptor

Antara ancaman yang Rosoboronexpor nyatakan sistem BUK-M3 Viking berkemampuan tangani dengan berkesan termasuklah pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, halimunan F-35 dan F-22 Raptor, selain peluru berpandu ballistik, peluru berpandu kruis dan bom-bom pintar serta helikopter.

0 14,237
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi senjata Russia, Rosoboronexport baru-baru ini ia mendakwa bahawa sistem pertahanan udara BUK-M3 Viking (NATO Codename SA-27 Gullum) berkemampuan menangani pelbagai jenis ancaman.
Antara ancaman yang ia nyatakan ia berkemampuan tangani dengan berkesan termasuklah pesawat-pesawat pejuang generasi kelima, halimunan F-35 dan F-22 Raptor, selain peluru berpandu ballistik, peluru berpandu kruis dan bom-bom pintar serta helikopter.
Sistem pertahanan udara BUK-M3 Viking merupakan varian terkini sistem pertahanan udara BUK yang terkenal yang berkemampuan menangani sasaran sejauh 65km dan 25km daripada segi altitud.
Jarak bedilannya yang dipertingkatkan kepada 65km itu akan memastikan sistem pertahanan udara BUK-M3 Viking berupaya melindungi posisi pertahanan tetap serta aset bergerak dan bernilai tinggi, sekali gus menawarkan keupayaan pertahanan berlapis.
Selain itu, sistem pertahanan udara buatan Russia itu juga mampu memintas peluru berpandu ballistik taktikal pada jarak sehingga 50 kilometer, sekaligus menyediakan pertahanan penting terhadap ancaman peluru berpandu jarak dekat yang mensasarkan infrastruktur kritikal atau sasaran ketenteraan.
Daripada segi altitud pula, sistem pertahanan udara BUK-M3 Viking boleh menangani pelbagai sasaran daripada spectrum yang luas – daripada daripada serendah 10 meter (peluru berpandu kruis, dron atau helikopter) kepada altitud setinggi 25km .
BUK
BUK-M3 Viking

RINGKASAN:

Sistem pertahanan udara BUK-M3 Viking, yang dibangunkan oleh Almaz-Antey dan diperkenalkan oleh Rusia pada tahun 2016, merupakan varian terkini sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) jarak sederhana BUK. Sistem ini dilengkapi dengan teknologi terkini seperti peluru berpandu kalis-jamming, penjejak sasaran tele-terma, dan elektronik yang dinaik taraf.

Dengan jarak operasi sehingga 65km dan altitud maksimum 25km, ia mampu menangani pelbagai ancaman udara seperti pesawat generasi kelima (F-35, F-22), peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis, bom pintar, dron, dan helikopter. Selain itu, ia boleh mengesan dan menyerang sehingga 36 sasaran serentak, termasuk sasaran di darat dan laut.

Sistem ini menggunakan pelancar 9A317M dengan enam peluru berpandu 9M317M yang dilengkapi teknologi Active Radar Homing untuk meningkatkan ketepatan dan kemampuan menyerang sasaran secara serentak.

BUK-M3 Viking juga mampu mempertahankan infrastruktur kritikal serta aset bernilai tinggi dengan keupayaan pertahanan berlapis. India turut menggunakan varian sistem ini untuk Tentera Lautnya. Sistem ini boleh diintegrasikan dengan sistem lain keluaran Almaz-Antey seperti Antey-2500.

BUK-M3 Viking
BUK-M3 Viking
Ini bermakna sistem pertahanan udara BUK-M3 Viking itu boleh mempertahankan kedudukannya daripada ancaman-ancaman termasuk daripada yang ber-altitud rendah, berkelajuan tinggi kepada  ancaman ber-altitud tinggi, berkelajuan rendah seperti pesawat pengebom dan platform peninjau.
Kemampuan sistem pertahanan udara itu untuk menjejaki dan memintas sasaran daripada pelbagai tahap altitud menjadikan BUK-M3 Viking sebagai sistem pertahanan udara yang amat versatil.
Dibangunkan oleh Almaz-Antey, sistem pertahanan udara BUK-M3 Viking itu adalah varian terkini dalam siri sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) jarak sederhana BUK, dilengkapi dengan sistem elektronik yang dinaik taraf, peluru berpandu baru kalis-jamming (jamming-resistant), serta penjejak sasaran tele-terma.
Sistem ini mampu mengesan dan menyerang sehingga 36 sasaran secara serentak, termasuk sasaran di darat dan laut.
Teras kepada sistem pertahanan udara BUK-M3 adalah sistem pelancar 9A317M yang dilengkapi dengan enam peluru berpandu 9M317M bersedia untuk dilancarkan pada bila-bila masa.
BUK
BUK-M3
Peluru berpandu ini mempunyai kemampuan Active Radar Homing dan sistem panduan yang dipertingkatkan, memberikan ketepatan yang lebih tinggi serta keupayaan untuk membedil pelbagai sasaran secara serentak.
Sistem pertahanan udara ini mula diperkenalkan dalam angkatan tentera Rusia pada tahun 2016, dengan nama “Viking” sebagai klasifikasi eksportnya.
Ia juga boleh diintegrasikan dengan sistem lain keluaran Almaz-Antey, termasuk Antey-2500.
India turut memiliki pengalaman dengan siri sistem pertahanan udara BUK, melalui varian kapal perang, Shtil-1, yang digunakan oleh Tentera Laut India.
BUK
BUK-M3 Viking
BUK-M3 “Viking” – Spesifikasi Teknikal
Nama Sistem:
BUK-M3 “Viking” (Varian Eksport)
Nama Kod NATO: SA-27 “Gullum”
Pembangun:
Almaz-Antey Air and Space Defence Corporation (Rusia)
Jenis Sistem:
Sistem peluru berpandu permukaan ke udara (SAM) jarak sederhana dan mudah alih
Mampu menyerang pelbagai sasaran dalam semua keadaan cuaca
Peluru Berpandu: 9M317M
  • Jenis Peluru Berpandu: Peluru berpandu permukaan ke udara dengan panduan radar aktif
  • Panjang: Kira-kira 5.2 meter
  • Garis Pusat: 0.36 meter
  • Berat: Sekitar 710 kilogram
  • Kepala Peledak: Letupan berpecah tinggi (HE-FRAG) dengan fius jarak dekat
  • Sistem Panduan: Radar aktif dengan pembetulan arah pertengahan menggunakan sistem inersia
  • Jarak Tembakan (Sasaran Aerodinamik): Sehingga 65 kilometer
  • Jarak Tembakan (Peluru Berpandu Balistik Taktikal): Sehingga 50 kilometer
  • Ketinggian Serangan: Antara 10 meter hingga 25 kilometer
  • Kelajuan: Melebihi Mach 4
Kenderaan Pelancar: 9A317M TELAR
  • Muat Peluru Berpandu: 6 peluru berpandu 9M317M sedia dilancarkan
  • Sistem Radar: Radar susunan fasa yang digabungkan dalam TELAR
  • Keupayaan Serangan Sasaran: Sehingga 36 sasaran serentak (di peringkat sistem)
  • Jarak Pengesanan Sasaran: Sehingga 160 kilometer
  • Masa Tindak Balas: 10 saat (dari pengesanan hingga pelancaran)
Keupayaan Utama
  • Mampu menembak jatuh pesawat halimunan generasi kelima seperti F-35 dan F-22
  • Memintas peluru berpandu jelajah, bom pintar, dron, helikopter serta pesawat pejuang
  • Keupayaan anti-peluru berpandu balistik taktikal
  • Tahan terhadap gangguan elektronik dan sistem peperangan elektronik (EW)
  • Boleh beroperasi dalam semua cuaca, siang dan malam
  • Mobiliti tinggi dan boleh dipindah lokasi dengan pantas
Komposisi Sistem 
  • Unit TELAR (9A317M): Sehingga 6 unit bagi setiap bateri
  • Kenderaan Pengangkut dan Pemuat (TLV): Menyokong pemuatan semula peluru dengan pantas
  • Kenderaan Pos Pemerintah: Menyelaras data serangan dan keutamaan sasaran
  • Radar Pemerolehan Sasaran (TAR): Menyediakan pemantauan sektor atau pandangan panorama
Integrasi & Interoperabiliti
  • Serasi dan boleh digabungkan dengan sistem S-300/400 serta Antey-2500
  • Boleh disepadukan dalam sistem pertahanan udara berlapis (IADS)
  • Sesuai untuk digunakan dalam operasi pertahanan udara negara mahupun medan peperangan

Leave A Reply

Your email address will not be published.