(VIDEO) Turkiye Berjaya Uji “SIPER 2”, Bakal Pesaing Pada S-400
Sistem pertahanan udara jarak jauh “SiPER” penting dalam usaha Turkiye membangunkan lapisan pertahanan udara (layered air defence) merangkumi beberapa sistem yang dibangunkan oleh industry pertahanannya sendiri, tanpa perlu bergantung kepada kepakaran luar.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Industri pertahanan Turkiye terus membangunkan dan meningkatkan lagi keberkesanan sistem pertahanan udara jarak jauh “SiPER”, dengan melakukan ujian pelancaran varian terbaru sistem itu yang berkemampuan menangani ancaman daripada jarak yang lagi jauh.
Dipanggil “SiPER Product 2” (SiPER 2), ujian pelancaran yang dilakukan baru-baru ini di Pusat Ujian Sinop menyaksikan peluru berpandu milik sistem pertahanan udara itu berjaya membedil ancaman udara pada jarak 150km, berbanding “SiPER 1” yang memiliki jarak 100km.
“SiPER 1” hanya menjalani ujiannya pada akhir tahun lepas dan kini sudah ada “SiPER 2.”
Sistem pertahanan udara jarak jauh “SiPER” bakal memberikan saingan kepada beberapa sistem lain yang telah pun berada di pasaran pada ketika ini seperti S-400 buatan Russia dan Patriot buatan Amerika Syarikat serta beberapa sistem lain buatan negara-negara Eropah dan juga Korea Selatan.
Sudah pasti industri pertahanan Turkiye akan meningkatkan lagi kemampuan sistem pertahanan “SiPER” bagi membolehkannya menangani ancaman daripada jarak yang lebih jauh berbanding 150km.
Sistem pertahanan udara jarak jauh “SiPER” penting dalam usaha Turkiye membangunkan lapisan pertahanan udara (layered air defence) merangkumi beberapa sistem yang dibangunkan oleh industry pertahanannya sendiri, tanpa perlu bergantung kepada kepakaran luar.
Selain “SiPER” untuk menangani ancaman pada altitud tinggi, industri pertahanan Turkiye juga menbangunkan sistem pertahanan udara bagi jarak sederhana, dekat dan terlalu dekat seperti “HISAR”, “SUNGUR” dan juga “KORKUT.”
Bagi industri pertahanan Turkiye, apa yang penting dan menjadi matlamat mereka adalah “membebaskan” negara itu daripada kebergantungan kepada negara-negara luar untuk keperluan sistem pertahanan mereka sendiri.
Turkiye telah pun memasarkan sistem pertahanan udara jarak jauh “SiPER” kepada beberapa pelanggan luarnya, dengan beberapa negara di Timur Tengah telah pun menunjukkan minat untuk memperolehinya.
Antara negara-negara yang telah pun menunjukkan minat terhadap sistem pertahanan udara jarak jauh “SiPER” adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Dalam satu kenyataannya, President kepada Defence Industry Agency (SSB), Haluk Görgün mengesahkan tentang kejayaan ujian pelancaran sistem pertahanan udara jarak jauh yang telah dipertingkatkan lagi kemampuannya.
Beliau berterima-kasih kepada kepada syarikat-syarikat pertahanan Turkiye yang terlibat dalam ujian pelancaran itu termasuk ASELSAN, ROKETSAN, TÜBİTAK SAGE dan semua subkontraktor yang telah dalam projek itu.
“SiPER 2 memiliki sistem daratan seperti radar, kawalan dan pemerintahan, peluru berpandu) yang sama seperti SiPER 1, bagaimanapun SiPER 2 memiliki jarak yang dipertingkatkan dan adalah lebih berkesan (untuk menangani ancaman) pada altitud yang lebih tinggi,” kata beliau.
Sistem pertahanan udara “SiPER” memberikan perancang-perancang pertahanan udara segala maklumat dan koordinasi serta mengedarkan segala informasi di dalam ruangan lingkup kawalan dan pemerintahan.
“SiPER” dilengkapi dengan Friend or Foe Identification (IFF), Threat Assessment dan Weapon Allocation systems.
Ia berkemampuan melancarkan peluru berpandunya secara vertical atau horizontal berdasarkan kepada keperluannya. — DSA
DOWNLOAD APPS DEFENCE SECURITY ASIA
Sebarang pertanyaan tentang pengiklanan, boleh hubungi admin di/To advertise can contact admin at: [email protected]
Comments are closed.