Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

S’pura Kerah 2 F-16C/D Selepas Penumpang Singapore Airlines Dakwa Bawa Bom

Pihak polis Singapura telah dimaklumkan tentang ancaman pada penerbangan SQ22 Singapore Airlines membawa 209 orang penumpang dan 17 krew daripada San Francisco ke republik itu kira-kira 2.40 pagi pada hari ini (Rabu).

0 5,130

(DEFENCE SECURITY ASIA) – – Singapura terpaksa mengerah dua buah pesawat pejuang F-16C/D miliknya untuk mengiringi sebuah pesawat Singapore Airlines selepas seorang penumpangnya pesawat komersial itu mendakwa beliau membawa bom di dalam bagasinya.

Pihak polis republik itu dimaklumkan tentang ancaman pada penerbangan SQ22 Singapore Airlines membawa 209 orang penumpang dan 17 krew daripada San Francisco ke republik itu kira-kira 2.40 pagi pada hari ini (Rabu).

Pesawat Airbus A350-941 Singapore Airlines telah mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi kira-kira 5.50 pagi diiringi kedua-dua buah pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Singapura.

F-16
Kelihatan sebuah pesawat F-16C/D Singapura mengiringi pesawat Singapore Arlines selepas penumpangnya mendakwa memilik bom dalam bagasinya.
🎥@veratheape

 

Menurut kenyataan, lelaki warga asing berusia 37 tahun yang membuat ancaman itu telah ditahan oleh pihak berkuasa sejurus selepas pesawat milik Singapore Airlines itu mendarat dengan selamat.

Lelaki warga asing yang membuat ancaman berkenaan juga didakwa telah memukul salah seorang krew penerbangan terbabit.

Pesawat terbabit telah ditunda ke suatu lokasi bagi membolehkan peneriksaan keselamatan dilakukan manakala penumpang diserahkan kepada pihak polis lapangan terbang, menurut kenyataan oleh Singapore Airlines.

Airbus
Pesawat Airbus A350-900 milik Singapore Airlines

 

Selepas selesai pemeriksaan keselamatan, pesawat Singapore Airlines itu telah ditunda ke Terminal 3 di lapangan terbang berkenaan.

Data daripada laman web Flightradar24 menunjukkan pesawat mengelilingi kawasan lautan berdekatan sebelum memulakan pendaratan ke Singapura, tanpa sebarang kelewatan.

Penerbangan daripada San Francisco ke Singapura itu mengambil masa 16 jam 25 minit.

Apps

JOM!!!!! TEKAN DI SINI UNTUK MUAT-TURUN APPS DEFENCE  SECURITY ASIA DI GOOGLE PLAY STORE

 

Anggota polis lapangan terbang, Chemical, Biological, Radiological and Explosive Defence Group Tentera Darat Singapura turut dikerahkan ke lokasi untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan penumpang.

Akhirnya, pihak berkuasa Singapura mengesahkan bahawa ancaman bom itu adalah palsu.

Pada 9.20 pagi (waktu Singapura), semua penumpang telah dilepaskan secara normal. — DSA

Jom!!!! follow TwitterTelegramFacebook dan download Apps Defence Security Asia di Google Playstore

 

Comments
Loading...