Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Britain Sudah “Kehabisan” Senjata Untuk Disumbang Pada Ukraine

Pegawai kanan British mendedahkan kepada akhbar negara itu bahawa ia sudah "kehabisan" senjata untuk disumbang kepada Ukraine dan meminta negara Barat lain supaya meningkatkan "sumbangan" mereka kepada Kiev.

0 4,828

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Britain sudah “kehabisan” senjata untuk dihantar ke Ukraine bagi membantu negara Eropah Timur itu menangani pencerobohan tentera Russia di selatan negara itu.

Pegawai kanan tentera British yang mendedahkan perkara itu kepada akhbar negara itu, Daily Mail meminta negara-negara lain untuk meningkatkan sumbangan ketenteraan mereka untuk membantu Ukraine.

Pada ketika ini menurutnya, Kiev memerlukan sistem pertahanan udara dan peluru-peluru sistem artilleri bagi membolehkannya melalui fasa peperangan yang seterusnya dengan Russia.

Bagaimanapun pegawai kanan tentera British itu berkata, bekalan sistem pertahanan udara dan peluru untuk artilleri tentera milik Britain sudah “kehabisan”untuk disumbang kepada Ukraine.

“Kita (British) telah memberikan segala-galanya yang termampu,” kata pegawai kanan tentera British itu kepada akhbar terbabit.

Challenger
Challenger 2

 

Kenyataan pegawai kanan tentera British itu menyusul selepas bekas Setiausaha Pertahanan British Ben Wallace menyeru supaya negara itu meningkatkan bantuan ketenteraannya kepada Ukraine sebanyak 2 billion Pound (RM10 bilion), 50 peratus lebih daripada apa yang disumbang oleh Britain pada ketika ini.

Britain menurutnya, bukan lagi penyumbang bantuan ketenteraan terbesar Ukraine di Eropah lagi pada ketika ini, dengan tempat pertama negara itu telah diambilalih oleh Jerman.

Wallace berkata, dengan pertambahan bantuan ketenteraan Barat kepada Ukraine, mereka dapat menamatkan konflik dan “menghalau” tentera Russia balik kepada negara asal mereka.

Menyanggah kenyataan yang dibuat oleh bekas setiausaha pertahanan Britain itu, pegawai kanan tentera British itu berkata Britain tidak sepatutnya menanggung keperluan untuk menyumbang bantuan ketenteraan kepada Ukraine kerana mereka sudah “kehabisan” peralatan tentera.

Setiausaha Pertahanan Britain pada ketika ini Grant Schapps dilaporkan berkata bahawa negara itu akan terus menyumbang ribuan peluru artilleri kepada Ukraine.

Challenger
Sebuah kereta kebal “Challenger 2” musnah di Zaphorizia, Ukraine

 

Pegawai kanan tentera British itu juga menyatakan bahawa angkatan tentera negara itu tidak lagi mempunyai kereta kebal Challenger 2  untuk didermakan kepada Ukraine kerana kereta-kereta kebal Challenger 2 milik perlu dinaiktaraf kepada varian Challenger 3.

Sebagai antara negara yang paling kuat menyokong Ukraine, Britain telah menyumbang 14 buah kereta kebal Challenger 2 kepada Kiev.

Baru-baru ini, sebuah daripada kereta kebal Challenger 2 sumbangan Britain itu musnah selepas ia terkena periuk api yang dipasang oleh pihak tentera Russia, menurut sumber-sumber pihak tentera Barat.

Selepas tidak lagi mampu bergerak akibat terkena periuk api, kereta kebal kebanggaan Britain itu telah dibedil pula oleh dron berani mati Russia kemungkinan “Lancet”, menyebabkan ia terbakar.

Meriam

Bagaimanapun, krew kereta kebal itu berjaya menyelamatkan diri.

Video-video di media sosial yang telah tersebar menunjukkan kereta kebal canggih buatan Britain seberat 69 tan itu terbakar di tepi laluan di kawasan pertempuran di Robotyne, wilayah Zaphorizia di selatan Ukraine yang menyaksikan pertembungan sengit antara kedua-dua angkatan tentera.

Kemusnahan kereta kebal kebanggaan industri pertahanan Britain itu telah pun disahkan oleh pemantau-pemantau senjata di Ukraine seperti Ukraine Weapons Tracker dan Oryx, bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi daripada Kementerian Pertahanan Ukraine. — DSA

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...