Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Senjata Anti-Kereta Kebal Diguna Hezbollah Turut Dipamerkan Pada DSA 2024

Mereka yang mengunjungi Pavilion Negara Iran pada Defence Services Asia and National Security (DSA & NATSEC 2024) di Kuala Lumpur yang berakhir minggu lepas telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat beberapa beberapa sistem persenjataan dipercayai digunakan secara berleluasa oleh pejuang Hezbollah di selatan Lubnan pada ketika ini.

0 1,002

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Beberapa jenis sistem persenjataan yang dipercayai digunakan oleh kumpulan bersenjata Hezbollah terhadap tentera pendudukan Israel di selatan Lubnan telah turut dipamerkan pada satu pameran pertahanan dan keselamatan yang baru sahaja berakhir di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka yang mengunjungi Pavilion Negara Iran pada Defence Services Asia and National Security (DSA & NATSEC 2024) yang berakhir minggu lepas telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat beberapa beberapa sistem persenjataan dipercayai kini digunakan secara berleluasa oleh pejuang Hezbollah di selatan Lubnan.

Salah satu sistem persenjataan anti-kereta kebal canggih keluaran Iran yang dipamerkan pada DSA & NATSEC 2024 adalah “ALMAS” yang dilaporkan digunakan oleh pejuang-pejuang Hezbollah untuk membedilkan kedudukan tentera Israel di selatan Lubnan.

Para Januari lalu, pejuang Hezbollah dilapor buat pertama kalinya telah menggunakan peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS” buatan Iran terhadap kedudukan tentera Israel di selatan Lubnan.

Menurut penganalisis tentera serantau, peluru berpandu anti-kereta kebal generasi ketiga “ALMAS” buatan Iran itu didakwa dibangunkan hasil usaha reverse-engineered daripada peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” tentera Israel.

Almas
Sistem pelancar sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS”

 

Menurut maklumat, pejuang Hezbollah berjaya merampas peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” milik tentera Israel ketika konflik di selatan Lubnan pada 2006 dan bertindak menyerahkannya kepada Iran.

Pakar-pakar persenjataan Iran yang memperolehi sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Spike” itu telah bertindak melakukan “reverse-engineer” terhadap sistem persenjataan moden itu dan berjaya menghasilkan sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS”.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS” itu telah didedahkan oleh Iran pada 2021, di mana ia memiliki beberapa varian daripada lancaran anggota tentera (man-portable), lancaran udara (air-launched) serta boleh dilancarkan daripada kenderaan-kenderaan.

Sebagaimana peluru berpandu “Spike”, peluru berpandu “ALMAS” itu juga menggunakan wayar fibre-optik bagi mod “fire-observe-and-update” bagi membolehkan pengendalinya memandu peluru berpandu itu ke arah sasaran dengan darjah ketepatan yang tinggi.

Selain varian menggunakan wayar fibre-optik, peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS” itu juga mempunyai varian “fire-and-forget” yang hanya memerlukan pengendalinya “lock-on” kepada sasaran dan membiarkan peluru berpandu menuju ke sasarannya.

Peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS” itu mempunyai kemampuan untuk membedil sasaranya sejauh 8km.

SPIKE
“Peluru berpandu anti-kereta kebal “SPIKE” keluaran Israel

 

Dalam satu video disiarkan oleh pejuang Hezbollah yang membuktikan penggunaan peluru berpandu anti-kereta kebal “ALMAS” buat pertama kali oleh mereka, ia memaparkan peluru berpandu itu terbang tinggi (climb) untuk beberapa ketika sebelum ia menjunam dan membedil sebuah kubah (dome) dipercayai menempatkan radar tentera Israel.

Sepanjang pelancaran itu, video yang berada pada peluru berpandu itu merakam keseluruhan penerbangannya ke sasaran sehinggalah ia membedil sasarannya.

Kemudahan tentera Israel yang menempatkan radar dan pelbagai lagi peralatan sensitif di atas bukit tinggi itu bertujuan membolehkan pihak Yahudi memantau bandar Naqoura dan kawasan persekitarannya di selatan Lubnan.

Satu lagi sistem persenjataan anti-kereta kebal di Pavilion Iran pada DSA & NATSEC 2024 yang dilaporkan digunakan secara meluas oleh pejuang Hezbollah pada ketika ini adalah dipanggil ““Tharallah” yang menggunakan peluru berpandu “Dehlavieh.”

Para pengunjung ke Pavilion Iran pada pameran pertahanan di Kuala Lumpur itu dapat melihat dengan lebih dekat peluru berpandu “Dehlavieh” itu.

Iran
Peluru berpandu anti-kereta kebal “Dehlavieh” pada DSA 2024
Tharallah
Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Tharallah”yang menggunakan peluru berpandu “Dehlavieh.”

 

Diperkenalkan oleh Hezbollah pada 2015, sistem pelancar “Tharallah” itu telah teruji dalam beberapa pertempuran di antara kumpulan bersenjata itu dengan kereta kebal Merkava dan perisai Israel.

Walaupun telah dioperasikan oleh pejuang Hezbollah pada 2015, namun kumpulan itu hanya menonjolkan peluru berpandu anti-kereta kebal itu pada 2023 dalam satu latihan oleh anggota kumpulan itu.

Sistem peluru berpandu anti-kereta kebal “Tharallah” digunakan oleh pejuang Hezbollah itu dilengkapi dengan dua peluru berpandu “Dehlavieh” yang dilancarkan dalam tempoh (interval) 0.4 saat setiap satu, bertujuan untuk menumpaskan sistem pertahanan aktif “Trophy” pada kereta kebal Merkava.

“Dehlavieh” merupakan varian buatan Iran sendiri untuk peluru berpandu “Kornet” buatan Russia.

Penggunaan dua butir peluru berpandu “Dehlavieh” pada sistem peluru berpandu “Tharallah” itu sememangnya bertujuan untuk menumpaskan sistem APS “Trophy” yang dipasangnya kereta-kereta kebal Merkava.

Satu lagi sistem persenjataan anti-kereta kebal yang dipamerkan oleh Pavilion Iran pada DSA & NATSEC 2024 adalah “PG-29V” 105mm roket anti-kereta kebal yang hampir sama seperti roket anti-kereta kebal RPG-29 “Vampir” keluaran Russia.

Iran
Roket anti-kereta kebal “PG-29V”

 

Pejuang-pejuang Hezbollah juga dilaporkan menggunakan senjata anti-kereta kebal “PG-29V” keluaran Iran ini secara berleluasa terutama ketika konflik diantaranya dengan tentera Israel yang berlaku pada tahun 2006.

Dengan jarak effektik sekitar 300 meter, “PG-29V” dilaporkan telah berjaya memusnahkan banyak kereta kebal Merkava tentera Israel, walaupun jumlah sebenar kereta kebal Merkava yang musnah tidak pernah didedahkan oleh negara Yahudi itu.

Tetapi kemampuan senjata anti-kereta kebal “PG-29V” yang digunakan oleh pejuang Hezbollah itu telah diperakui. — DSA

Comments
Loading...