Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

(VIDEO) Selepas Pesawat Pejuang J-35A, China Kini Dedah Pula UCAV Halimunan CH-7 di Zhuhai

(VIDEO) Pihak penganalisis tentera China mendakwa bahawa UCAV halimunan CH-7 itu berkemampuan beroperasi di ruangan udara milik musuh untuk misi-misi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) tanpa dapat dikesan sistem pertahananan udara musuh.

3,067
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Hanya beberapa hari lalu, China telah mendedahkan secara rasmi pesawat pejuang halimunan kedua mereka, J-35A di Airshow China di Zhuhai dan kini ia telah mendedahkan apa yang dipercayai adalah varian terakhir Unmanned Combat Aerial Vehicle (UCAV) halimunan, CH-7 yang dibangunkannya sejak beberapa tahun yang lalu.
UCAV halimunan CH-7 itu merupakan dron HALE (High Altitude Long Endurance) dan dibangunkan oleh agensi milik kerajaan negara itu, China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC).
Banyak pihak mendakwa bahawa rekabentuk UCAV halimunan CH-7 “diciplak” daripada dron halimunan Amerika Syarikat, RQ-180.
Video dan set foto UCAV halimunan, CH-7 telah membanjiri platform media-media sosial sebelum ia mendedahkan secara rasminya pada Airshow China 2024.
CASC mula mendedahkan UCAV halimunan itu pada edisi Airshow China pada 2018, tetapi proses pembangunannya berterusan selama berberapa tahun dengan perubahan daripada segi rekabentuk bagi membolehkan ia mencapai prestasi yang optimum di lapangan.
Penganalisis mempercayai rekabentuk UCAV CH-7 yang didedahkan secara rasmi hanya beberapa hari sebelum Airshow China 2024 itu dirasmikan adalah yang terakhir sebelum ia dihasilkan secara produksi bersiri dan dikerah ke lapangan aktif.
Pada ketika ini, tidak banyak diketahui tentang spesifikasi teknikal UCAV halimunan CH-7 milik China itu, namun penganalisis menyatakan memiliki panjang keseluruhan 10 meter keseluruhan manakala panjang keseluruhan sayapnya adalah sekitar 26 meter.
Berat keseluruhannya (Maximum Take Off Weight) pula adalah 10 tan dan mampu mencapai kelajuan maksimum 926km sejam dan boleh beroperasi selama 15 jam tanpa henti.
Pihak penganalisis tentera China mendakwa bahawa UCAV halimunan CH-7 itu berkemampuan beroperasi di ruangan udara milik musuh untuk misi-misi Intelligence, Surveillance and Reconnaisance (ISR) tanpa dapat dikesan sistem pertahananan udara musuh.
UCAV halimunan CH-7 itu dilaporkan berkemampuan membawa pelbagai jenis senjata termasuk peluru-peluru berpandu dan bom-bom pintar.

CH-7

CH-7Beberapa hari lalu, China telah mendedahkan gambar rasmi pesawat pejuang halimunan dan generasi kelima miliknya yang kedua, Shenyang J-35A dibangunkannya sejak sekian lama yang hanya kelihatan menerusi gambar-gambar tidak rasmi sebelum ini.
Gambar rasmi pertama J-35A itu memberi peluang kepada pemerhati untuk melihat aset udara yang bakal menambah kekuatan udara dan ketenteraan China secara keseluruhannya.
Pembangunan pesawat pejuang generasi kelima kedua China itu dilihat sebagai usaha Beijing untuk bersaing dengan Amerika Syarikat dalam domain pembangunan pesawat pejuang halimunan dan generasi kelima, selain usahanya untuk memodenkan angkatan tenteranya.
Pesawat pejuang J-35A itu direkabentuk untuk melaksanakan operasi kombat udara dan juga operasi udara-ke-darat, menurut media pertahanan di China.
Dengan pesawat pejuang J-35A itu, China juga muncul sebagai negara kedua di dunia selepas Amerika Syarikat yang berjaya membangunkan dua jenis pesawat pejuang generasi kelima iaitu J-35A dan J-20 “Mighty Dragon.”
J-35A
Gambar rasmi pesawat pejuang halimunan kedua China, J-35A
Amerika Syarikat juga mempunyai dua jenis pesawat pejuang generasi kelima dan halimunan yang berlainan itu F-35 dan F-22 “Raptor.”
Banyak yang telah diperkatakan tentang persamaan di antara pesawat pejuang J-35A/FC-31 dengan pesawat pejuang generasi kelima buatan Amerika Syarikat, F-35 yang dibangunkan oleh syarikat Lockheed Martin.
Persamaan rekabentuk diantara J-35A itu dengan F-35 itu telah menimbulkan dakwaan bahawa China telah meniru pesawat pejuang Amerika Syarikat itu menerusi aktiviti perisikan industri (industrial espionage) ketika pesawat pejuang itu berada di fasa pembangunan.
Bagaimanapun, dakwaan China “meniru” pesawat pejuang F-35 untuk membangunkan J-35A itu hanyalah suatu dakwaan yang sehingga ini gagal dibuktikan. — DSA
 

Comments are closed.