Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selatan Thailand Digegar Dengan Ledakan Dua Butir Bom

Menurut Ketua Polis Yala,Mejar Jeneral (Polis) Tinnakorn Ranmart, bom yang diletakkan di dalam kenderaan pacuan empat roda itu telah meletup ketika kenderaan terbabit itu dibawa oleh seorang pegawai tempatan ke bandar Yala kira-kira 10.40 pagi tadi.

0 876

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Dua butir bom buatan sendiri meledak di wilayah selatan Thailand yang bergolak hari ini , mensasarkan sebuah kenderaan pacuan roda dinaiki pegawai tempatan dan keretapi mengangkut buah-buahan daripada Sungai Golok ke ibu negara, Bangkok.

Kejadian letupan bom yang pertama berlaku di daerah Muang di wilayah Yala pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Yala,Mejar Jeneral (Polis) Tinnakorn Ranmart, bom yang diletakkan di dalam kenderaan pacuan empat roda itu telah meletup ketika kenderaan terbabit itu dibawa oleh seorang pegawai tempatan ke bandar Yala kira-kira 10.40 pagi tadi.

Akibat daripada letupan itu, kenderaan pacuan empat roda itu telah terbakar.

Mangsa dikenali sebagai Maeyae Saelak berusaia 59 tahun, yang menglamai kecederaan parah akibat letupan bom itu dan dikejarkan ke Hospital Yala untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Selatan Thailand
Kenderaan pacuan empat roda yang terkena bom di selatan Thailand hari ini.

Selatan Thai

Sementara itu di Narathiwat,  sebutir bom buatan sendiri yang mensasarkan kereta api khas mengangkut buah-buahan dari Sungai Golok ke Bangkok telah meletup kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di kawasan Hulu Parek-Tanjung  Emas daerah Ranget di wilayah Narathiwat.

Menurut pihak keselamatan, bom buatan sendiri itu telah ditanam di bawah landasan keretapi dan meletup ketika keretapi kargo itu melalui landasan itu.

Bagaimanapun, tiada laporan kematian dan kecederaan setakat ini tetapi letupan bom itu telah menyebabkan kerosakan kepada gerabak membawa buah-buahan itu.

Selatan Thailand
Gerabak keretapi yang rosak akibat letupan bom.

 

DEFENCE SECURITY ASIA

Comments
Loading...