Sekutu Amerika Tidak Sengaja Tembak Jatuh Dron MQ-9 Reaper Milik Amerika di Syria
"Insiden penembakan jatuh secara tidak sengaja dron dianggarkan bernilai US$30 juta (RM132 juta) sebuah oleh pasukan sahabat kepada tentera Amerika Syarikat itu disebabkan tentera SDF yang beroperasi di rantau mengenal pasti pesawat tanpa pemandu itu sebagai ancaman." -- pegawai tentera Amerika Syarikat
(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebuah dron MQ-9 Reaper milik Tentera Udara Amerika Syarikat telah ditembak jatuh secara tidak sengaja oleh sekutunya, Syrian Democratic Forces (SDF) di utara Syria beberapa hari lalu.
“Insiden penembakan jatuh secara tidak sengaja dron dianggarkan bernilai US$30 juta (RM132 juta) sebuah oleh pasukan sahabat kepada tentera Amerika Syarikat itu disebabkan tentera SDF yang beroperasi di rantau mengenal pasti pesawat tanpa pemandu itu sebagai ancaman,” kata seorang pegawai pertahanan AS kepada media pertahanan Amerika Syarikat
Dron MQ-9 Reaper itu beroperasi dalam misi “Operasi Inherent Resolve”, yang merupakan kempen ketenteraan dan keselamatan menentang kumpulan pengganas Islamic State (IS/DAESH), kata pegawai pertahanan Amerika Syarikat itu.
Penembakan jatuh dron MQ-9 milik Amerika Syarikat oleh pasukan sahabatnya itu pertama kali dilaporkan oleh CNN.
Timbalan Setiausaha Akhbar Pentagon Sabrina Singh mengesahkan penembakan jatuh dron MQ-9 Reaper of tentera SDF itu.
“Tidak ada perubahan dalam kerjasama dan perkongsian kami dengan SDF dalam memastikan kekalahan ISIS,” kata Singh.
