Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Selepas Dua Minggu Hilang, Amerika Isytihar Dua Anggota Komandonya Telah Mati

Kedua-dua anggota pasukan khas SEALS itu hilang ketika dalam operasi menahan dan memeriksa sebuah bot disyaki membawa senjata-senjata buatan Iran ke Yemen pada 11 Januari lepas apabila mereka terjatuh ke laut akibat ombak besar.

0 1,445

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Selepas lebih daripada 10 hari mencarinya, Pemerintahan Pusat Tentera Amerika (Central Command– CENTCOM) mengisytiharkan dua anggota pasukan khasnya, SEALS yang hilang di perairan Teluk Aden berhampiran Somalia pada 11 Januari lalu sebagai telah meninggal dunia.

“Adalah amat malang bahawa kami mengisytiharkan bahawa selepas 10 hari mencari dua anggota SEALS Tentera Laut Amerika yang hilang itu, kami masih tidak menjumpai mereka dan status mereka telah diubah kepada telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua-dua anggota pasukan khas itu dikenali sebagai Navy Special Warfare Operator 1st Class Christopher J. Chambers dan Navy Special Warfare Operator 2nd Class Nathan Gage Ingram.

Kedua-dua anggota SEALS itu berpangkalan di unit pasukan khas itu di Pantai Barat Amerika Syarikat.

Menurut CENTCOM lagi pasukan-pasukan daripada Jepun, Sepanyol dan Amerika Syarikat telah memeriksa kawasan seluas 21,000 batu persegi dalam usaha mereka mencari kedua-dua anggota pasukan khas SEALS yang hilang itu.

Kedua-dua anggota pasukan khas SEALS itu hilang ketika dalam operasi menahan dan memeriksa sebuah bot disyaki membawa senjata-senjata buatan Iran ke Yemen apabila mereka terjatuh ke laut akibat ombak besar.

SEALS
Kedua-dua anggota pasukan khas SEALS Amerika yang diisytihar telah mati.

 

Menurut tentera Amerika, mereka telah menahan bot terbabit dan menemui pelbagai komponen peluru berpandu Iran di dalam bot terbabit.

Krew kapal itu telah ditahan dan tentera Amerika Syarikat telah bertindak menenggelam bot terbabit.

Tentera Amerika mengekalkan unit-unit kecil tenteranya di Somalia untuk menangani ancaman daripada kumpulan militant al-Shabaab.

Kumpulan militant terbabit melancarkan serangan-serangan terhadap kerajaan Somalia.

Disamping memberikan latihan kepada pasukan keselamatan Somalia, anggota tentera Amerika Syarikat itu turut sama melancarkan serangan terhadap kedudukan dan infrastruktur kumpulan militant terbabit.

SEALS

 

SEALSKematian kedua-dua anggota tentera Amerika Syarikat berlaku ketika negara itu dan sekutu-sekutunya mengebom kedudukan kumpulan bersenjata Houthi sebagai respons terhadap serangan mereka terhadap kapal-kapal dagang yang belayar di Laut Merah menuju ke pelabuhan di Israel.

Kumpulan bersenjata Houthi di Yemen itu mendakwa serangan mereka terhadap kapal-kapal dagang di Laut Merah sebagai tindak balas terhadap serangan ganas tentera Israel terhadap penduduk Palestin yang sehingga kini telah membunuh 25,000 orang.

Kumpulan bersenjata itu yang disokong oleh Iran terus melakukan serangannya terhadap kapal-kapal dagang yang mahu belayar ke Israel walaupun berhadapan dengan bedilan dan pengeboman daripada pesawat-pesawat pejuang Amerika dan sekutunya. — DSA

To contact email: lulwabyadah@gmail.com

Comments
Loading...