Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Anak Syarikat Sapura Energy Lupus Kapal Bernilai RM311 Juta

Menurut laporan sebelum ini, Sapura Energy dibebani hutang berjumlah RM10.3 bilion menerusi pinjaman daripada sembilan bank, selain berhutang RM1.5 bilion kepada kira-kira 3,000 vendor.

0 2,529

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sapura 3000 Pte Ltd yang merupakan anak syarikat kepada Sapura Energy Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk melupuskan kapal miliknya dikenali dengan nama  Sapura 3000 dengan nilai sebanyak US$71.50 juta (RM311 juta).

MoU untuk menjual kapal meletakkan paip dan kren itu telah ditandatangani Jumaat lepas dengan Safeen Feeder Company – Sole Proprietorship LLC, sebuah syarikat milik Abu Dhabi Ports Group.

“Nilai penjualan kapal itu adalah berdasarkan kepada ‘willing buyer willing seller basis’ selepas melakukan proses permohonan Request for Proposal diperingkat antarabangsa.”

Sapura

“Cadangan perlupusan asset itu adalah sebahagian daripada pelan reset syarikat, yang memfokuskan kepada kelestarian jangka panjang syarikat Sapura Energy dengan menambahbaik kedudukan kecairannya, memperkemaskan model operasi dan memberikan lebih banyak fleksibiliti untuk pertumbuhan strategik syarikat,” menurut syarikat dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut syarikat, perolehan tunai yang diperolehi daripada cadangan penjualan kapal Sapura 3000 itu akan digunakan bagi modal kerja dan mengurangkan pinjaman kumpulan.

Penjualan asset syarikat itu dijangka selesao pada pertengahan bulan Julai tahun ini

Sapura 3000, merupakan heavy lift pipe laying vessel yang dilengkapi dengan kren yang boleh mengangkut berat 3,000 tan selain berkemampuan melaksanakan projek di kawasan perairan yang dalam dan cetek.

Kapal itu dibina pada tahun 2008 dan belayar di bawah bendera Malaysia.

Sapura Energy Bhd sedang berhadapan dengan tempoh yang getir ketika ini ekoran kemelut hutang akibat ketidaktentuan industri minyak dan gas serta kesan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas tempatan itu yakin dengan pelan penyelesaiannya sendiri untuk memulihkan syarikat itu tanpa mencari jalan mudah, termasuk ‘bail out’ oleh mana-mana pihak.

Sapura

Klik Untuk Muat-Turun Aplikasi Defence Security Asia di Google Play Store: 

Google Play

Menurut laporan sebelum ini, Sapura Energy dibebani hutang berjumlah RM10.3 bilion menerusi pinjaman daripada sembilan bank, selain berhutang RM1.5 bilion kepada kira-kira 3,000 vendor.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan melindungi Sapura Energy daripada muflis dengan memberi pinjaman atau mengarahkan PETRONAS atau Khazanah Nasional mengambil alih pemilikan daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang menguasai 50 peratus syarikat berkenaan.

Jika Sapura Energy muflis, Najib berkata sebanyak 10.6 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan mengalami kerugian langsung sebanyak RM4 bilion, manakala PNB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kumpulan wang simpanan lain akan menghadapi kerugian tidak langsung akibat hutang RM10 bilion yang ditanggung syarikat itu.

Najib juga berkata, hampir 10,000 pekerja hilang pekerjaan dan kira-kira 4,500 vendor atau pembekal akan terjejas. — DSA

 

Comments
Loading...