Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Tandatangani Kontrak Eksport Pertama Pesawat Pejuang Gen-5, Su-57E

“Kita telah menandatangani kontrak (penjualan kepada pelanggan asing) yang pertama,” katanya Ketua Pegawai Eksekutif Rosoboronexport Alexander Mikheyev dan menambah bahawa minat terhadap pesawat pejuang generasi kelima buatan Russia itu adalah tinggi.

0 16,657
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Agensi pertahanan kerajaan Russia, Rosoboronexport mengumumkan bahawa ia telah menandatangani kontrak pertama untuk mengeksport pesawat pejuang generasi kelimanya, Su-57E kepada pelanggan asing  yang tidak didedahkan.
Perkara itu dinyatakan oleh ketua pegawai eksekutif Rosoboronexport Alexander Mikheyev kepada agensi berita Russia, TASS di Airshow China 2024 yang sedang berlangsung di Zhuhai, China.
“Kita telah menandatangani kontrak (penjualan kepada pelanggan asing) yang pertama,” katanya dan menambah bahawa minat terhadap pesawat pejuang generasi kelima buatan Russia itu adalah tinggi.
Kontrak penjualan pertama kepada pelanggan asing itu melibatkan varian eksport Su-57E.
Walaupun memiliki pesawat pejuang generasi kelimanya sendiri, J-20 “Mighty Dragon” dan J-35A yang baru dipertontonkannya di Airshow China 2024, namun China tetap digembar-gemburkan sebagai pelanggan eksport pertama Su-57E itu.
Namun tiada kenyataan daripada Beijing.

Su-57

Su-57
Bagaimanapun sebelum ini, terdapat laporan mengatakan bahawa Algeria telah pun bersetuju untuk memperolehi pesawat pejuang Su-57.
Buat pertama kalinya, Russia telah menampilkan varian eksport Su-57E dan senjata dibawanya pada Airshow China 2024 di Zhuhai.
Varian Su-57E turut mengadakan penerbangan demonstrasi pada pameran udara di Zhuhai itu dan ia adalah berdasarkan kepada Su-57 Felon.
Kehadiran varian eksport Su-57E di Airshow China, Zhuhai menunjukkan komitmen Russia mahu menarik perhatian pihak-pihak yang berminat untuk memperolehi pesawat pejuang Su-57 sebagai pesawat pejuang generasi kelima mereka.
Terdahulu, Mikheyev berkata bahawa pengalaman kombat yang dilalui oleh varian eksport pesawat pejuang Su-57E telah melayakkannya untuk dikategorikan sebagai pesawat pejuang generasi kelima.
Laporan-laporan media sebelum ini menyatakan bahawa Russia telah turut mengerahkan pesawat pejuang generasi kelimanya, Su-57 itu untuk operasi-operasi kombat pada skala kecil di medan-medan konflik di Ukraine dan juga di Syria.

Su-57

Su-57
Dengan maximum takeoff weight (MTOW) seberat 34,000 kg dan jarak operasi sehingga 7,800 km dengan in-flight refueling, pesawat pejuang Su-57E direkabentuk untuk ketahanan dan versatility.
“Su-57E memenuhi segala keperluan sebagai pesawat pejuang generasi kelima. Kelebihan kompetitifnya yang utama adalah pengalaman kombat sebenar.”
“Kementerian Pertahanan Russia menyatakan bahawa ia telah beraksi dengan cukup baik dalam kombat. Pesawat pejuang itu adalah sistem persenjataan yang berkuasa tinggi dengan peluru berpandu terkini serta high survivability menerusi aspek low signature dan sistem pertahanan dalaman yang moden,” katanya.
Ia dilengkapi dengan dua enjin, setiap satunya menjana 14,500 kgf kuasa tujahan (thrust) dan boleh mencapai kelajuan maksimum 1,350 km/h di “near-ground level”.
Pesawat pejuang itu dikategorikan sebagai “supermaneuverability” dan kemampuan supersonik untuk memenuhi keperluan pelbagai misi operator-operator di luar negara.
 Pesawat pejuang Su-57 merupakan pesawat pejuang generasi kelima yang direkabentuk untuk memusnahkan kesemua sasaran udara, daratan dan perairan selain memantau ruang udara daripada pangkalannya dan lain-lain.
Ia berkeupayaan membawa muatan persenjataan mencecah 10 tan.
Menurut juruterbang yang menerbangkan pesawat pejuang Su-57E pada pameran udara Airshow China 2024 itu, Sergey Bogdan, pesawat pejuang terbabit adalah amat stabil dan amat selamat.
“Demonstrasi mode yang amat ekstrim menunjukkan bahawa pesawat pejuang itu adalah amat stabil dan amat selamat. Apabila  berlatih dengan beberapa manuver tertentu, ia boleh menjadikan teknik taktikal yang baru seterusnya menjadikannya kelebihan kompetiif dalam kombat udara,” kata beliau. — DSA

Comments
Loading...