Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Kemampuan Sonar Kapal Selam Kelas-Borei Russia “Jauh Lebih Baik” Banding Kapal Selam Amerika

“Kapal-kapal selam strategic nuklear kelas-Borei memiliki sistem sonar yang mampu mengesan ancaman bawah laut 1.5 kali ganda lebih jauh daripada apa yang dimiliki oleh kapal-kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat,” menurut pakar kapal selam Russia sebagaimana dipetik oleh agensi berita negara itu, RIA-Novosti.

0 4,627

(DEFENCE SECURITY ASIA) – Pada ketika ketegangan di antara Moscow dan Washington yang semakin memuncak, pakar-pakar kapal selam Russia mengumumkan bahawa kemampuan sonar kapal selam berkuasa nuklear kelas-Borei mereka jauh mengatasi kemampuan sonar yang dimiliki oleh kapal selam nuklear Amerika Syarikat.

Pakar-pakar kapal selam Russia menyatakan bahawa sonar kapal selam nuklear kelas-Borei mereka akan hampir “dua kali ganda” lebih baik daripada apa yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dan mana-mana negara Barat.

“Kapal-kapal selam strategic nuklear kelas-Borei memiliki sistem sonar yang mampu mengesan ancaman bawah laut 1.5 kali ganda lebih jauh daripada apa yang dimiliki oleh kapal-kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat,” menurut pakar kapal selam Russia sebagaimana dipetik oleh agensi berita negara itu, RIA-Novosti.

Kemampuan itu menurut mereka, merupakan suatu kelebihan yang nyata oleh kapal-kapal selam nuklear Russia dalam mengesan kapal-kapal selam musuh berbanding pesaing utama mereka iaitu Amerika Syarikat.

“Sistem sonar dimiliki kapal selam kelas-Borei Russia itu dinamakan Irtysh-Amphora-B-055 mengatasi kemampuan sonar yang dimiliki oleh kapal-kapal selam generasi keempat Amerika Syarikat seperti daripada kelas-Ohio dan kelas-Virginia,” menurut pakar kapal selam Russia itu.

Russia
Kapal selam kelas Borei “Imperator Aleksandr III”

 

Jarak kemampuan mengesan sistem sonar “Irtysh-Amphora-B-055” yang dimiliki oleh kapal selam kelas-Borei Russia mahu mengesan ancaman bawah permukaan laut kira-kira 100km lebih jauh berbanding apa yang dimiliki oleh sistem sonar kapal selam nuklear Amerika Syarikat.

Sistem sonar “Irtysh-Amphora-B-055” yang dimiliki oleh kapal selam nuklear kelas-Borei memberikan kemampuan multi-fungsi yang membolehkan ia mengesan dan menjejaki sekurang-kurangnya 30 sasaran pada masa yang serentak.

Diketuai oleh antenna hydroacoustic utama dinamakan “Amphora”, antenna sisi dan antenna ditunda, sistem ini menggunakan pemprosesan signal secara digital untuk membolehkan ia mencari arah bunyi itu, pencarian dengungan dan klasifikasi sasaran.

Selain mengesan dan menjejaki kapal-kapal selam musuh, torpedo dan periuk api, sistem “Irtysh-Amphora-B-055” itu juga menyumbang operasi di perairan Artik dengan mengukur ketebalan ais dan mengenalpasti polynyas (kawasan perairan yang dikelilingi oleh ais) bagi pelancaran peluru berpandu atau untuk membolehkan kapal selam itu timbul (surfacing).

Borei
Kapal selam kelas-Borei

Borei

Pada ketika ini, Tentera Laut Russia mengoperasikan enam buah kapal selam daripada Projek 955 dan 955A, terdiri dairpada Yuriy Dolgorukiy, Alexander Nevsky, dan Vladimir Monomakh yang merupakan sebahagian daripada Projek 955.

Manakala bagi Projek 955A pula, ia terdiri daripada Knyaz Vladimir, Knyaz Oleg dan Generalissimus Suvorov. 

Sebagai contoh, kapal selam kelas-Borei iaitu “Vladimir Monomakh” berkemampuan membawa sehingga 16 buah peluru berpandu ICBM “Bulava” yang mempunyai jarak maksimum sejauh 8,000 hingga 8,800km.

Setiap satu peluru berpandu ICBM “Bulava” mampu membawa sehingga enam hingga 10 kepala peledak nuklear yang mampu membedil sasaran secara bersendirian.

Setiap sebuah kapal selam kelas-Borei mempunyai panjang 170 meter, berkemampuan membawa sehingga 107 anak-anak kapal.

Ia mempunyai berat keseluruhan diantara 14,000 tan (berada di atas permukaan) manakala sekiranya ia menyelam pula, beratnya adalah di sekitar 24,000 tan. — DSA

KAAN

DEFENCE  SECURITY ASIA APPS

 

To advertise contact admin: haikalhamas73@gmail.com

 

Comments
Loading...