Defence Security Asia
Informasi Pertahanan Anda

Russia Kerah Dua Kapal Selam Khas Dilengkapi Torpedo Nuklear “Poseidon” Ke Pasifik

Kedua-dua kapal selam khas yang dilengkapi dengan torpedo nuklear dinamakan “Poseidon” itu, Belgorod dan Khabarovsk akan bertugas dengan Armada Pasifik Tentera Laut Russia, sekaligus menambah “pening” lagi kepada Tentera Laut Amerika Syarikat dan sekutunya.

0 14,987

(DEFENCE SECURITY ASIA) — Sebuah jabatan khusus untuk mengoperasikan kapal-kapal selam khas Russia dilengkapi dengan super torpedo nuklear “Poseidon” akan mula beroperasi di Armada Pasifik Tentera Laut Russia pada awal tahun depan.

Sumber yang rapat kepada Kementerian Pertahanan memberitahu agensi berita Russia, TASS bahawa keputusan untuk mewujudkan jabatan khusus untuk mengendali kapal-kapal selam khas berkuasa nuklear itu di Semenanjung Kamchatka telah pun dibuat.

Jabatan khusus untuk mengendalikan kapal-kapal selam khas itu akan beroperasi pada tahun ini atau tahun depan dan akan mengendalikan ancaman-ancaman strategik terhadap Russia di kawasan perairan di Pasifik.

“Kerja-kerja pembinaan kemudahan infratruktur pesisir untuk menempatkan dua buah kapal selam khas di Semenanjung Kamchatka dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun ini,” kata sumber kepada TASS sebelum ini.

Kedua-dua kapal selam khas yang dilengkapi dengan torpedo nuklear dinamakan “Poseidon” itu, Belgorod dan Khabarovsk akan bertugas dengan Armada Pasifik Tentera Laut Russia, sekaligus menambah “pening” lagi kepada Tentera Laut Amerika Syarikat dan sekutunya.

Sejak diumumkan oleh Presiden Vladimir Putin pada 2018, Russia semakin hampir mengoperasikan “Poseidon”, torpedo nuklear yang dikatakan mampu melayari dasar laut secara bersendirian selama berminggu-minggu untuk mencari sasaran.

Belgorod
Kapal selam K-329 Belgorod.

 

Torpedo nuklear “Poseidon” adalah satu daripada enam projek senjata nuklear yang baru untuk tentera Russia.

Untuk membolehkan “Poseidon”” berkemampuan menyelam selama berminggu-minggu sejauh lebih 10,000km, iailengkapi dengan sebuah reaktor nuklear yang kecil untuk menjana kuasanya.

Reaktor nuklear inilah yang akan menjana kekuatan dan ketahanan “Poseidon” untuk berada di dasar laut selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

“Poseidon” akan dilengkapi dengan peledak nukler berkuasa dua megaton, yang sekiranya dilancarkan daripada Laut Barents atau mana-mana perairan di Artik mampu menyeberangi Lautan Atlantik untuk menuju sasaran di tepi-tepi pantai di timur Amerika Syarikat.

Apabila peledak nukler yang dibawanya itu diletupkan di pesisir pantai Amerika Syarikat, ledakkan itu akan menyebabkan tsunami besar setinggi lebih 500 meter yang akan menyebabkan kemusnahan besar-besaran di bandar-bandar tepi pantai negara itu.

Russia
Kapal selam Russia
Belgorod
Torpedo “Poseidon”

 

Kedua-dua kapal selam khas itu, Belgorod dan Khabarovsk itu berkemampuan membawa 16 buah super torpedo “Poseidon”, yang cukup untuk membuatkan sesebuah negara itu mengalami kemusnahan yang amat besar.

Menurut pihak perisikan Barat, kapal selam K-329 Belgorod itu memiliki panjang 178 meter manakala lebarnya pula adalah 15 meter, manakala beratnya pula dikatakan mencecah di antara 19,000 tan hingga 20,000 tan.

Oleh kerana ia direkabentuk untuk menjalankan “misi-misi khas” yang amat rahsia,kapal selam yang kemampuannya masih menjadi teka-teki di kalangan musuh Russia dilaporkan mampu menyelam sehingga ke kedalaman 2,000 kaki hingga 2,500 meter.

Kapal selam K-329 Belgorod ini direkabentuk untuk beroperasi daripada kedalaman yang ekstrim, yang tidak mampu dicecah oleh kapal selam-kapal selam biasa.

Sementara itu kapal selam Project 09851 Khabarovsk yang direka untuk membawa super torpedo nuklear “Poseidon” telah mula dibina pada tahun 2014 dan dijangka ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Russia pada tahun ini.

Dengan berat sebanyak 10,000 tan, kapal selam itu direka untuk membawa enam buah Status-6 Oceanic Multipurpose System torpedo jarak jauh atau “Poseidon.” — DSA

Comments
Loading...