(VIDEO) Ribuan Anggota Hezbollah Cedera Selepas Alatan Pager Mereka Meletup Digodam Israel
Pemerhati keselamatan di Lubnan menyatakan insiden hari ini merupakan “pencerobohan” terbesar dalam sistem pemerintahan, kawalan, komunikasi dan perisikan (Command, Control, Communication and Intelligence) dialami oleh kumpulan bersenjata Hezbollah yang disokong kuat oleh Iran.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sehingga 2,000 pejuang Hezbollah di Lubnan dan Syria dilaporkan mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital selepas alatan pager digunakan mereka meletup secara tiba-tiba dan secara serentak selepas ia didakwa digodam oleh Israel.
Laporan awal belum disahkan menyatakan sekurang-kurangnya di antara lima hingga 10 orang terbunuh termasuk anak kepada anggota Parlimen daripada Hezbollah akibat insiden letupan alatan pager digunakan oleh anggota kumpulan itu.
Kenyataan oleh kumpulan Hezbollah pula menyatakan insiden itu berlaku kira-kira 3.30 petang (waktu tempatan).
Anggota Hezbollah menggunakan alatan pager sebagai sistem komunikasi dalaman (internal communications) mereka dan letupan itu berlaku secara serentak di beberapa bahagian di Lubnan dan Syria.
Pemerhati keselamatan di Lubnan menyatakan insiden hari ini merupakan “pencerobohan” terbesar dalam sistem pemerintahan, kawalan, komunikasi dan perisikan (Command, Control, Communication and Intelligence) dialami oleh kumpulan bersenjata Hezbollah yang disokong kuat oleh Iran.
Pemain Video
00:00
00:00
Comments are closed.